Semua sekolah di bawah KPM ditutup bermula esok hingga akhir tahun, kata menteri

Semua sekolah dibawah Kementerian Pendidikan (KPM) ditutup bermula esok hingga hari terakhir persekolahan bagi tahun ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin berkata, bagi sekolah di negeri Kumpulan A, sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember, manakala bagi Kumpulan B pada 18 Disember.

Katanya, sekolah di negeri Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) juga ditutup hingga akhir tahun.

“Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara ‘home-based learning’ mengikut kesesuaian guru dan murid.

“Pentadbir sekolah perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Sepanjang tempoh ini juga, guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing,” katanya pada sidang media hari ini.

Oleh yang demikian, KPM telah memutuskan bahawa semua
sekolah di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak akan turut
ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir
persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri
Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.

Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan memutuskan
rantaian penularan jangkitan wabak COVID-19.

Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan
pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning
mengikut kesesuaian guru dan murid. Pentadbir sekolah perlu
memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di rumah. Di sepanjang tempoh ini juga, guru perlu
kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing.

Bagi murid yang tinggal di asrama pula, ibu bapa atau penjaga perlu
mengambil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing. Walau
bagaimanapun, murid boleh terus kekal berada di asrama
sementara menunggu untuk diambil oleh ibu bapa atau penjaga. Di
sepanjang tempoh tersebut, murid akan berada di bawah
pengawasan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid
sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.

1. Semua sekolah termasuk Kelantan, Perlis dan Pahang ditutup sehingga 17 Disember 2020

2. Pengajaran dan Pembelajaran secara online masih diteruskan. Guru perlu kekal berada di stesen masing².

3. Murid² yg tinggal di asrama perlu dijemput pulang oleh ibu bapa.

4. Penggal persekolahan akan bermula 20 Januari 2021 secara bersemuka bagi semua murid termasuk Kolej Vokasional.

5. Untuk murid tingkatan 2 dan 3 akan mulakan sesi persekolah pada 20 Januari 2020 secara online. Akan mula kelas secara bersemuka pada 8 Mac 2021.

6. Tarikh peperiksaan ditunda iaitu SPM, SVM dan STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. STPM akan bermula pada 8 Mac 2021.

7. Kesemua ketetapan ini terpakai utk semua institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM. Utk sekolah swasta lain disaran ikut tarikh ini.

8. Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Murid ke Sekolah Khusus (PKSK) bagi tingkatan 1 dan 4 ditangguhkan ke tarikh yg akan dimaklumkan kelak.

9. Bagi pelaksaan Percubaan SPM, Kerja Kursus dan pentaksiran yg dijadualkan pada Disember, akan dijadualkan semula dan akan dimaklumkan kemudian.

10. Penjadualan peperiksaan ini tidak akan menjejaskan kemasukan ke IPT bagi tahun 2021 yg dikendalikan melalui UPU online oleh Kementerian Pemgajian Tinggi.

11. Bagi pelajar matrikulasi dan IPG, mereka akan meneruskan pembelajaran secara online sepenuhnya sehingga 31 Disember 2020. Pelajar matrikulasi akan masuk pada 4 Januari 2021.

12. Peperiksaan MUET utk pelajar matrikulasi yg dijadualkan pada 8 – 19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke tahun 2021.

Semua peperiksaan utama ditunda ke Februari dan Mac tahun depan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker