Semua peperiksaan utama ditunda ke Februari dan Mac tahun depan

Semua peperiksaan utama di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditunda tahun hadapan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin berkata keputusan itu dibuat selepas semua sekolah di bawah kementerian berkenaan ditutup sehingga akhir persekolahan tahun ini susulan pelaksanaaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di seluruh negara, melainkan Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak.

“Tentunya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 tertanya-tanya sama ada perkembangan situasi ketika ini memberi kesan kepada mereka.

“Mengambil kira situasi semasa, KPM membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan berkaitan.

“Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021, manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021.

“Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang media hari ini.

Semua sekolah dibawah Kementerian Pendidikan (KPM) ditutup bermula esok hingga hari terakhir persekolahan bagi tahun ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin berkata, bagi sekolah di negeri Kumpulan A, sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember, manakala bagi Kumpulan B pada 18 Disember.

Katanya, sekolah di negeri Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) juga ditutup hingga akhir tahun.

“Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara ‘home-based learning’ mengikut kesesuaian guru dan murid.

Semua sekolah di bawah KPM ditutup bermula esok hingga akhir tahun, kata menteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker