Korie hidap penyakit buah pinggang tahap 3

Korie hidap penyakit buah pinggang tahap 3

Lama menyepi, penyanyi dan komposer Korie mendedahkan dirinya kini menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga sejak Ogos 2021.

Korie atau nama lengkapnya Azahari Aminuddin, 54, berkata, penyakit tersebut mula dikesan selepas dua kali mengalami sesak nafas sebelum diserang angin ahmar sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

“Doktor sahkan penyakit ini pada Ogos 2021. Bagaimanapun masih belum perlu menjalani rawatan dialisis dan hanya mengamalkan diet pemakanan yang sihat.

“Disebabkan masalah buah pinggang, saya kehilangan berat badan sebanyak 16 kilogram namun syukur juga saya tidak menghidap sebarang penyakit lain,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar Asli Battle of the Bands di sini, hari ini.

Dalam pada itu, adik kepada Ratu Rock Negara Ella itu terpaksa menolak beberapa tawaran kerja atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Sejak menghidapi masalah buah pinggang, kehidupan memang agak terganggu dan terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan dalam tempoh dua tahun ini.

“Suara tidak terkesan tetapi penafasan agak terganggu dan jadi cepat letih,” katanya lagi.

Meskipun menghidapi penyakit kronik, pelantun lagu Pergilah Sayang itu tetap perlu meneruskan kehidupan mencari rezeki bagi menampung perbelanjaannya dan anak perempuan yang kini berusia 18 tahun.

“Sebagai bapa tunggal, saya kena teruskan juga untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Syarat saya untuk setiap tawaran persembahan buat masa ini ialah menyanyi satu hingga dua lagu sahaja kerana tenaga tidak kuat lagi.

“Mujurlah ada duit royalti yang saya simpan sedikit, bolehlah guna untuk rawatan dan menanggung kehidupan,” jelasnya.

Hari ini, Korie diumumkan sebagai ketua juri untuk pertandingan Asli Battle of the Bands, yang juga program pencarian bakat etnik Orang Asli di Selangor.

Sesi uji bakat dan saringan serta siri jelajah bagi mencari bakat terpendam dalam kalangan Orang Asli bakal bermula 26 Ogos depan melibatkan lima daerah di seluruh Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak/Petaling, Klang, Hulu Langat dan Sepang. K Online

Korie hidap penyakit buah pinggang tahap 3

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker