SPRM tahan warga Bangladesh dalangi kemasukan warga asing dari KLIA

SPRM tahan warga Bangladesh dalangi kemasukan warga asing dari KLIA

SPRM tahan warga Bangladesh dalangi kemasukan warga asing dari KLIA
Suspek yang ditahan disyaki mendalangi sindiket kemasukan warga asing dengan memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1). – Foto SPRM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua warga Bangladesh termasuk seorang pengarah syarikat pelancongan disyaki mendalangi sindiket kemasukan warga asing dengan memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1).

Pegawai Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Putrajaya, Shaik Zuladdruse Merican Sadzol Othman Merican, membenarkan permohonan SPRM hari ini supaya kedua-dua suspek direman enam hari sehingga Ahad ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Negeri Sembilan antara jam 5 petang hingga 7 malam kelmarin (Isnin).

“Siasatan awal mempercayai kedua-dua suspek adalah ejen warga asing yang memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa di KLIA 1 bagi memudahkan kemasukan warga asing melalui pintu masuk negara.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini ialah mendekati pegawai penguat kuasa di KLIA bagi menjalankan aktiviti ‘counter setting’ di mana pegawai yang terbabit akan memudahkan proses pemeriksaan warga asing tersebut,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Penahanan itu dilaksanakan SPRM melalui Bahagian Perisikan menerusi Op Recruit di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA serta Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen.

Menurut sumber, operasi yang turut disertai anggota Skuad Taktikal Antirasuah (ACTS) berpandukan maklumat hasil risikan sejak awal tahun ini.

“Jabatan Imigresen juga menahan 29 warga asing yang terdiri daripada 21 lelaki dan lapan wanita yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semua warga asing ini ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, SPRM turut menyita tiga unit telefon bimbit dan juga pelbagai mata wang asing seperti dollar (Amerika Syarikat), rupiah (Indonesia) dan taka (Bangladesh) bernilai kira-kira RM16,000 dalam serbuan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Menurut sumber lagi, bermula Januari hingga awal bulan ini, SPRM turut mengesan sebanyak 10 transaksi berlaku dengan jumlah keseluruhan bernilai kira-kira RM138,000.

“Siasatan awal turut mendapati bagi setiap individu, pegawai penguat kuasa yang terlibat akan diberikan rasuah antara kira-kira RM1,800 hingga RM2,500.

“Pembayaran yang dilakukan oleh sindiket ini adalah secara tunai melalui orang tengah dan lokasinya adalah di dalam kenderaan dan juga premis kediaman suspek di sekitar Kuala Lumpur dan juga Negeri Sembilan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebutdan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.

SPRM tahan warga Bangladesh dalangi kemasukan warga asing dari KLIA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker