Misteri kehilangan Himang terungkai

Misteri kehilangan Himang terungkai

Misteri kehilangan Himang terungkai
Foto hiasan.

 

BELAGA: Misteri kehilangan seorang pekerja kem pembalakan sejak Selasa lalu terungkai apabila dia ditemui maut pagi ini, dipercayai terjatuh ke dalam gaung.

Lelaki berkenaan, Himang Lisang, 49, dikatakan keluar membeli barang dengan menaiki pikap dari kawasan Anding pada 15 Julai lalu, namun tidak pulang ke tempat kerjanya di Kem Nibong seperti biasa dan juga gagal dihubungi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pada awalnya pihak syarikat melancarkan usaha mencari mangsa di sepanjang laluan balak dari Kem Abit ke Kem Nibong, namun tidak menemui sebarang petunjuk.

“Pihak syarikat kemudian melaporkan kehilangan Himang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga. Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga yang diketuai Komander Operasi, Villdeo Dumat selepas menerima maklumat kehilangan mangsa daripada polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Misteri kehilangan Himang terungkai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker