Warga asing tipu nombor plat kenderaan beli diesel
Warga asing tipu nombor plat kenderaan beli diesel

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesan taktik licik penyeludup warga asing menipu dengan menukar nombor pendaftaran kenderaan untuk membeli diesel.
Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, berkata kegiatan itu dikesan di Kuala Nerang pada 16 Ogos lalu hasil aduan awam dan risikan yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN Alor Setar.
Beliau berkata, ketika pemantauan awal dilakukan, didapati sebuah pikap sedang mengisi diesel di stesen minyak sebelum bergerak ke belakang stesen berkenaan.
“Pemantauan lanjut mendapati pemilik kenderaan itu menukarkan nombor pendaftaran tempatan yang disyaki palsu itu kepada nombor pendaftaran asal kenderaan berkenaan iaitu nombor pendaftaran asing selepas mengisi minyak di stesen berkenaan.
“Pasukan serbuan kemudian melakukan serbuan terhadap kenderaan itu dan hasil pemeriksaan kemudian menemui diesel yang disimpan dalam tangki ubah suai kenderaan terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“KPDN turut menahan seorang wanita warga negara Thailand berusia lingkungan 40-an yang memandu pikap itu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhammad Nizam berkata, hasil pemeriksaan susulan yang dilakukan terhadap stesen minyak berkenaan dan berdasarkan cetakan semula resit jualan, stesen minyak itu sudah pun menjual 273 liter diesel dalam satu transaksi kepada kenderaan itu.
Beliau berkata, ia didapati melanggar arahan Pengawal Bekalan berhubung had penjualan kepada kenderaan pendaftaran tempatan dalam satu hari.
“Kertas siasatan turut dibuka terhadap stesen minyak berkenaan.
“Pasukan serbuan kemudian menyita disyaki diesel dianggarkan 273 liter dengan nilai sebanyak RM791.73, sebuah pikap jenis Isuzu D-Max, resit belian dan dokumen perniagaan untuk siasatan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudi
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM30,791.73,” katanya.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
You must be logged in to post a comment.