Everton gigit jari, Leeds cipta permulaan sempurna

Everton gigit jari, Leeds cipta permulaan sempurna

Everton gigit jari, Leeds cipta permulaan sempurna
NMECHA meraikan jaringan yang dihasilkannya. FOTO Reuters

Leeds: Penalti lewat permainan daripada pemain baharu, Lukas Nmecha menghadiahkan Leeds United kemenangan sulung 1-0 ke atas Everton dalam aksi pertama mereka kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Beraksi di Elland Road, skuad kendalian Daniel Farke mendominasi separuh masa pertama namun gagal memanfaatkan deretan peluang, manakala Everton langsung tidak melakukan sebarang percubaan ke arah gawang.

Masuk babak kedua, kemasukan Jack Grealish memberi sedikit nafas buat skuad pelawat tetapi kesilapan James Tarkowski yang menyentuh bola dengan tangan menghadiahkan sepakan penalti kepada Leeds enam minit sebelum tamat.

Nmecha yang dibawa masuk secara percuma sebelum musim bermula, tampil tenang menyempurnakan sepakan berkenaan sekali gus memastikan kepulangan Leeds ke EPL selepas dua musim beraksi di Liga Kejuaraan bermula dengan langkah kanan.

“Di dalam padang memang rasa ia penalti, ditambah sorakan penyokong. Saya agak risau kerana sentuhan awal Lukas tidak begitu baik, namun dia buktikan ketenangan ketika mengambil sepakan,” kata Farke.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Everton pula terus dibayangi prestasi hambar walaupun kehadiran Grealish yang dipinjam dari Manchester City dengan nilai £100 juta (RM568 juta) cuba mengubah rentak.

Pengendali Toffees, David Moyes nyata kecewa: “Ia tidak sepatutnya diberikan penalti. Kami tidak bermain baik, tapi yang lebih mengecewakan, mutu pengadilan di minggu pertama ini sangat lemah. Saya sendiri keliru dengan peraturan yang digunapakai.”

Kejayaan Leeds menyusuli kemenangan Sunderland Sabtu lalu, menjadikan ia kali ketiga dalam sejarah EPL dua pasukan yang dinaikkan pangkat berjaya menang pada perlawanan pembukaan musim.

Everton gigit jari, Leeds cipta permulaan sempurna

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker