Harapan Malayan Tigress musnah, kandas di tangan Korea Utara
Harapan Malayan Tigress musnah, kandas di tangan Korea Utara

Kuala Lumpur: Harapan skuad bola sepak wanita negara untuk melangkah ke pentas Piala Asia Wanita 2026 lebur apabila dibelasah Korea Utara 0-6 dalam aksi terakhir Kumpulan H kelayakan kejohanan itu, sebentar tadi.
Beraksi di Stadium Republican Central, Tajikistan, skuad kendalian Joel Cornelli berusaha memberi tentangan, namun kekuatan Korea Utara selaku pasukan ranking ke-9 dunia terlalu sukar dibendung.
Skuad lawan mendahului 2-0 di babak pertama menerusi jaringan Kim Hye-yong pada minit ke-39 dan Myong Yu-jong pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Pemain sensasi Korea Utara, Kim Kyong-yong kemudian mencuri tumpuan apabila meledak hatrik pantas pada minit ke-52, 54 dan 77 sebelum Ri Hye-gyong melengkapkan kemenangan bergaya dalam masa kecederaan.
Kekalahan itu menyaksikan Malayan Tigress menamatkan saingan di tangga kedua kumpulan, manakala Korea Utara layak selaku juara kumpulan dengan rekod bersih sembilan mata daripada tiga perlawanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Keputusan itu juga sekali gus menafikan peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia Wanita buat kali pertama sejak edisi 1995, ketika negara menjadi tuan rumah kejohanan itu.
Secara keseluruhan, pencapaian terbaik skuad wanita negara dalam sejarah Piala Asia adalah meraih tempat ketiga pada edisi 1983 di Thailand iaitu satu pencapaian yang masih kekal sebagai penanda aras hingga kini.
Meskipun gagal ke kejohanan utama benua, aksi kelayakan ini dilihat sebagai medan penting buat Cornelli dan barisan pemain muda menimba pengalaman berdepan pasukan elit Asia.
Harapan skuad bola sepak wanita negara untuk melangkah ke pentas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
You must be logged in to post a comment.