Australia lulus udang-undang larang kanak-kanak gunakan media sosial

Australia lulus udang-undang larang kanak-kanak gunakan media sosial

Australia lulus udang-undang larang kanak-kanak gunakan media sosial
Australia lulus udang-undang larang kanak-kanak gunakan media sosial

Istanbul: Dalam keputusan bersejarah, Senat Australia pada Khamis meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial, menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian.

Undang-undang itu yang diluluskan pada hari terakhir sesi Senat yang sedang berlangsung, berkuat kuasa pada penghujung tahun depan, selepas itu individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese mempertahankan langkah itu dengan menyatakan ia adalah “perlu untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan mereka.”

Bagaimanapun, di bawah undang-undang baharu itu, syarikat media sosial tidak boleh memaksa pengguna untuk memberikan pengenalan rasmi kerajaan, termasuk ID digital, untuk menilai umur mereka, menurut ABC News.

Seramai 34 senator mengundi menyokong manakala 19 menentangnya. Namun, Dewan Perwakilan meluluskan undang-undang ini dengan sokongan 102 undi berbanding hanya 13 ahli parlimen yang menentang larangan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan


“Kami mahu kanak-kanak Australia mempunyai zaman kanak-kanak yang sebenar dan kami mahu ibu bapa tahu yang kerajaan di sisi mereka. Ini adalah reformasi penting.

“Kami tahu sesetengah kanak-kanak akan mencari jalan menggunakannya (media sosial), tetapi kami ingin menghantar mesej kepada syarikat media sosial untuk memperbaiki tindakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada 21 November.

 

Australia lulus udang-undang larang kanak-kanak gunakan media sosial

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker