Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu

Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu

Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohammad Sollehin Tajie menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memahami Perlembagaan Persekutuan serta menghormati sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang utama pembinaan negara sejak merdeka.

Menurut beliau Malaysia bukan sebuah negara republik sebaliknya dibina atas sejarah, tradisi serta kedaulatan Raja-Raja Melayu yang telah wujud jauh lebih awal sebelum kemunculan parti-parti politik moden.

“Saya percaya semua rakyat Malaysia wajib memahami Perlembagaan Persekutuan dan menghormati sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi asas negara ini sejak merdeka.

“Tetapi dalam kita bercakap soal “Keluhuran Perlembagaan” dan “Kedaulatan Undang-Undang”, jangan pula kita lupa satu lagi asas penting negara ini iaitu institusi Raja Raja Melayu. Malaysia bukan republik.

“Negara ini dibina atas sejarah, tradisi dan kedaulatan Raja-raja Melayu yang telah wujud jauh sebelum lahirnya parti politik moden hari ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak


Sollehin yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang berkata meskipun negara mengamalkan sistem demokrasi Parlimen dengan undang-undang digubal melalui proses yang ditetapkan, kedudukan institusi diraja tidak boleh dipandang ringan atau diperkecilkan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar sentiasa menjaga batas dalam menyuarakan pandangan demi memelihara keharmonian negara serta mempertahankan martabat institusi diraja sebagai salah satu tonggak utama kestabilan Malaysia.

“Benar, kita ada Parlimen dan DUN. Benar, undang undang dibuat melalui proses demokrasi. Tetapi jangan sesekali bercakap seolah olah titah dan pandangan institusi diraja itu tidak mempunyai nilai, adab dan kedudukan dalam negara ini.

“Perkataan seperti “not decrees” mungkin nampak akademik bagi sesetengah pihak, tetapi kepada ramai rakyat Malaysia ia kedengaran sinis dan tidak menghormati institusi Raja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja


Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu

“Kalau hari ini ada pihak boleh hidup selesa, membesar, berniaga dan berpolitik dengan aman di bumi ini, jangan lupa asas kestabilan tanah ini juga datang daripada payung institusi Raja Raja Melayu yang menjaga agama, adat dan keseimbangan negara sejak dahulu,” ujar beliau.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara.

Titah baginda, ia supaya mereka menjadi rakyat yang tahu untuk hormat kepada kedaulatan institusi raja dan menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.

Tony Pua kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja. – UMNO Online

Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Warisan Dato’ Onn dan Seruan Baharu Penyatuan Bangsa

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker