Mahkamah tolak permohonan SPRM tahan reman pegawai kanan polis
Mahkamah tolak permohonan SPRM tahan reman pegawai kanan polis
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang gagal mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk menahan reman seorang pegawai kanan polis, hari ini.
Sebelum itu pegawai kanan polis terbabit – yang disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah membabitkan nilai lebih RM1 juta – dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan.
Bagaimanapun majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menolak permohonan dikemukakan SPRM kerana masalah teknikal.
Agensi antirasuah itu sepatutnya mengemukakan permohonan reman menggunakan akta mereka sendiri, iaitu Seksyen 49 Akta SPRM.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rifah Izzati Abdul Mutalif, ketika mengemukakan permohonan reman pagi tadi menggunakan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Peguam mewakili suspek, Bob Arumugam, ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosedur selesai memberitahu, SPRM boleh mengkehendaki suspek menandatangani bon atau ikat jamin jika mereka tidak dapat menyelesaikan siasatan.
Katanya, selepas gagal mendapatkan kebenaran menahan reman suspek, SPRM hanya mempunyai masa 24 jam untuk melengkapkan siasatan mereka sebelum membebaskan pegawai kanan polis terbabit.
“Ini bermakna mereka (SPRM) boleh menahan anak guam saya sehingga jam 4 petang ini bagi tujuan siasatan,” katanya.
Pegawai kanan polis yang juga ketua polis daerah itu ditahan petang semalam ketika dipanggil untuk dirakam keterangan di pejabat SPRM Pahang.
Suspek dikatakan menerima suapan lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022.
Suapan itu didakwa bagi melindungi kegiatan pusat hiburan dan pusat urut yang beroperasi dalam daerah diketuainya.
Semalam, Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, memberitahu pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terbukti melakukan kesalahan membabitkan integriti.
Dia turut memberi jaminan polis Pahang akan memberi kerjasama kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan kes itu. Mk
Mahkamah tolak permohonan SPRM tahan reman pegawai kanan polis
Baca Artikel Menarik:
- Budak 13 tahun buat ‘part time’ pandu lori RORO ditahan
- Linda Rafar pandai mengurut
- Azhar Sulaiman risau Leona jadi macam Aliff Syukri
- KJ yakin UMNO dibawah Zahid akan ‘bungkus’ dalam PRN di 6 negeri
- Annuar Musa ‘serang’ UMNO
- Disangka hilang tengah malam, suami rupanya sidai baju
- Wolverine pupus lebih 100 tahun dilihat di California
- Polis belasah isteri, rosakkan kereta kerana cemburu
- Khairy Jamaluddin rancang tubuh parti baharu
- Menyamar polis kejar kenderaan, PDRM buru 3 lelaki
- Dulu Zul kini bakal bergelar Haji Zul
- Netizen minta rahsia ketiak putih Yasmin Hani
- Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]
- Kejam! Kucing mati dijerut dawai, digantung pada bingkai tingkap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai
Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]
Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu
Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara