Kedudukan ringgit zaman Najib lebih baik, Rafizi tolak rakyat bandingkannya dengan keadaan semasa
“Zaman itu juga dari segi keyakinan masyarakat antarabangsa kepada ekonomi negara kita memang ada masalah kerana dibebankan dengan skandal 1MDB, tapi sekarang ia tiada lagi,” katanya.
Menguruskan ekonomi negara perlu dilihat dalam perspektif menyeluruh kerana ia bukannya semata-mata ditentukan oleh nilai mata wang.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, banyak perkara perlu dilihat seperti pertumbuhan ekonomi, inflasi, kadar kutipan hasil negara dan fiskal defisit.
“Kita tak boleh terlalu reaktif kepada sesuatu yang berlaku, kerana contohnya turun naik kadar mata wang ini ia memberi kesan berlainan kepada ekonomi negara.
“Secara umumnya memang kita nak kadar mata wang kita kukuh, tapi buat masa sekarang dalam keadaan di luar kawalan kita, kita juga perlu guna peluang yang ada semasa mata wang yang rendah ini untuk kita kukuhkan perkara lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK ke-12) bersama Kerajaan Negeri Sembilan, di sini pada Selasa.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Ini kerana kata Rafizi, jika dilihat dari sudut lain, ia boleh menjadikan pendapatan negara lebih baik dalam soal mengeksport minyak dan barangan lain.
Jelasnya, sebahagian eksport negara akan menjadi lebih rendah sekaligus menjadikan ia lebih berdaya tahan.
“Dari segi eksport minyak misalnya, memang betul bila mata wang turun, lebih banyak wang yang akan masuk kepada kita.
“Tapi saya tak kata kita nak ia kekal rendah. ‘Point’ saya, dalam kita merancang dan mengurus ekonomi, kita perlu mengambil perspektif menyeluruh.
“Kita tak bolehlah, oleh kerana ribut sekejap, kita terus lari tinggal rumah kita. Masa ribut itu, kita perlu melaluinya,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum