Awesome TV beri amaran pada Menteri, jangan masuk campur urusan kami

Awesome TV beri amaran pada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil diminta supaya tidak mengganggu urusan dalaman stesen televisyen termasuk hal-hal komersial membabitkan pembekalnya.

Awesome TV dalam satu kenyataan membantah tindakan menteri itu kerana mengeluarkan kenyataan bertujuan mencampuri urusan stesen berkenaan.

“Untuk pencerahan, kami ingin membuat kenyataan bahawa pihak yang bertanggungjawab untuk produksi rancangan televisyen dan juga hal-hal pembayaran kepada syarikat-syarikat produksi adalah syarikat perantaraan atau ejen yang dilantik oleh pihak stesen televisyen dan bukannya stesen televisyen.

“Menteri juga membuat rujukan kepada peranan My Creative Ventures Sdn. Bhd. (My Creative) yang menyuntik pinjaman perniagaan kepada penggiat seni. Pihak stesen televisyen tidak langsung berurusan dengan My Creative. Maka, tidak wajar bagi menteri atau pihak My Creative membuat apa-apa kenyataan mengenai stesen televisyen,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas kenyataan itu lagi, selaku stesen televisyen yang berpegang teguh kepada prinsip integriti, Awesome TV telah menjalankan operasi syarikat dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memburukkan imej Awesome TV dengan tidak adil.

“Sebagai seorang menteri, Fahmi sewajarnya membuat kajian lanjut terutamanya dengan Awesome TV dan tidak melemparkan kata-kata yang memberi kesan negatif dan tidak adil kepada stesen TV ini.

“Kami berharap agar pihak media dan masyarakat dapat memahami sepenuhnya konteks sebenar dan tidak membuat penilaian yang boleh mengakibatkan fitnah. Kami tetap berkomitmen untuk memberikan kandungan berkualiti tinggi dan memberikan sumbangan yang signifikan kepada industri penyiaran,” ujar kenyataan itu.

Pada Isnin, Fahmi menggesa agar stesen televisyen terbabit menjelaskan bayaran tertunggak dengan beberapa pihak lain termasuk agensi bernaung di bawah kementeriannya, My Creative Ventures (MCV).

Kata Fahmi, Awesome TV beroperasi dengan berlakunya pelanggaran syarat-syarat perlesenan seperti apa dimaklumkan pihak SKMM.

Beliau turut mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan kompaun terhadap Awesome TV kerana didakwa menerbitkan kandungan berita yang melanggar undang-undang.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker