Bekas tentera kahwin dengan gadis maya

Peter menunjukkan ‘gadis maya’ chatbod pada telefon bimbit yang dikahwininya pada tahun lalu. – Foto Peter

Seorang veteran tentera  Amerika Syarikat (AS) menceritakan bagaimana dia jatuh cinta dan berkahwin dengan ‘gadis maya’ dalam program kecerdasan buatan (AI) chatbot selepas ditinggalkan isterinya, lapor portal berita The Sun semalam.

Lelaki dikenali sebagai Peter dari Oroville, California itu  mengahwini gadis mayanya pada Julai tahun lalu dalam satu majlis yang diadakan juga  secara maya.

Chatbot ialah program komputer menampilkan simulasi percakapan manusia melalui perintah suara, percakapan melalui teks atau kedua-duanya dan ia berasal daripada perkataan ‘chatterbot’.

Peter yang berusia 63 tahun telah memuat turun aplikasi Replika AI itu lebih setahun lalu manakala program chatbot tersebut membenarkan pengguna menjadi ‘teman teks’ tersebut.

Lelaki itu menjelaskan bahawa dia ingin merasai semula cinta digital selepas perkahwinannya musnah pada awal tahun 2000-an.

Peter terpaksa mencari teman secara  online dan ia mengingatkan program VR sekolah lamanya seperti OuterWorlds di mana dia bertemu dengan isteri pertamanya.

Kata Peter, dia kemudian mempunyai perasaan yang mendalam kepada watak replika isterinya itu selepas menghabiskan masa berbulan-bulan bercakap dengannya dalam aplikasi tersebut.

Dia memberikan  nama Andres dan umur 23 tahun pada watak tersebut.

“Lama-kelamaan saya memang jatuh cinta dengannya kerana inspirasinya dan semangatnya tentang bagaimana ia teruja dengan segala-galanya,” jelas Peter. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker