Kenyataan Wan Saiful boleh buat Karl Marx ketawa dalam kubur – PSM
Kenyataan Wan Saiful boleh buat Karl Marx ketawa dalam kubur – PSM
Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyindir Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan berhubung kenyataannya di parlimen semalam.
Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan berkata kenyataan Wan Saiful mengenai ‘Manifesto Komunis’ boleh menyebabkan ahli falsafah Jerman, Karl Marx ketawa di dalam kubur.
“Marx akan ketawa dalam kuburnya di Highgate, London, apabila mengetahui seorang ahli parlimen Malaysia telah membangkitkan ‘Manifesto Komunis’ tulisannya di Parlimen Malaysia pada 2023, 175 tahun selepas ia pertama kali diterbitkan pada 1848.
“Jika (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim tidak peka dengan situasi semasa (seperti didakwa Wan Saiful), maka Wan Saiful pula menembak guna kelongsong peluru dan jauh di luar jangkauannya,” katanya.
Semalam, Wan Saiful bertanya sama ada belanjawan kerajaan diilhamkan oleh ‘Manifesto Komunis’ yang ditulis Marx dan Friedric Engels.
Wan Saiful juga mempersoalkan sama ada perdana menteri cuba mencetuskan peperangan kelas.
Logik Wan Saiful
Arutchelvan berkata Manifesto Komunis menggesa pemansuhan harta persendirian, sedangkan “perkara paling radikal” dalam belanjawan yang dibentang Anwar ialah pembasmian kemiskinan tegar.
“Jadi, jika Anwar mengenakan cukai barang mewah adalah peperangan kelas, maka izinkan saya mengetengahkan beberapa inisiatif kelas lain. BR1M – Bantuan Sara Hidup mesti bersifat sosialis kerana ia memberi bantuan kepada golongan miskin dan bukannya golongan kaya, begitu juga bantuan oleh jabatan kebajikan kerana hanya golongan miskin sahaja yang boleh memohon faedah tersebut. Begitu juga pusat bantuan guaman kerana mereka mempunyai ujian cara sebelum seseorang itu layak.
“Malah ini termasuk perumahan kos rendah, dan bagaimana pula dengan Dasar Ekonomi Baru? Bukankah DEB bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan membantu meningkatkan kedudukan ekonomi bumiputera?” soalnya.
Arutchelvan berkata jika mengikut “logik Wan Saiful”, ini bermakna semua bekas perdana menteri, termasuk presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, akan dianggap “komunis” kerana dasar membantu golongan miskin.
“Sekarang jika kita mula menyenaraikan sesuatu, nampaknya segala yang baik dalam masyarakat adalah ‘sosialisme’. Dan apabila semuanya sama, maka ia mestilah ‘komunisme’ – masyarakat tanpa kelas.
“Seterusnya, Wan Saiful harus bercakap tentang satu lagi perkara utama Marxis – persoalan percanggahan?” tambahnya merujuk kepada “dua percanggahan kapitalisme”.
Pemimpin PSM itu turut menyorot seorang lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Shahidan Kassim yang menurutnya mengeluarkan kenyataan “kelakar”.
“Memang kelakar apabila Shahidan berkata belanjawan itu sosialis kerana ia bercakap tentang membantu rakyat tetapi dalam soal peruntukan untuk ahli parlimen, dasar Anwar adalah borjuasi kerana ia tidak berpegang kepada kesaksamaan,” tambahnya. Mk
Kenyataan Wan Saiful boleh buat Karl Marx ketawa dalam kubur – PSM
Baca Artikel Menarik:
- Malaysia Airlines sasaran waris Sultan Sulu seterusnya – Azalina
- Kerana sebut ‘Pagoh’, Dewan Rakyat kecoh
- Potong kemaluan teman lelaki ugut sebar video lucah
- Jantung Ebby Yus hanya mempunyai kekuatan 27 peratus
- Apa masalah Zul Yahya?
- Suami doktor berang tiada tindakan terhadap gangguan seksual dihadapi isterinya
- Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa kali ketiga
- Pemilihan Naib Presiden UMNO paling sengit dalam sejarah
- Hakimi disiasat dakwaan rogol
- Pemain bola sepak meninggal dunia ketika beraksi
- 3 kategori bankrap boleh mohon pelepasan segera – Azalina
- Wanita bersama 2 lelaki lakukan seks di atas jejantas ditahan
- Tak boleh kuliah di Selangor, ini kata Ustaz Azhar Idrus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.