Diana Danielle Kendali Podcast Sejurus Pulang Dari Mahkamah [VIDEO]

’Saya Okay Sahaja’

Diana Danielle Kendali Podcast Sejurus Pulang Dari Mahkamah [VIDEO]

Diana Danielle Kendali Podcast Sejurus Pulang Dari Mahkamah [VIDEO]

Pelakon Diana Danielle, tetap positif meneruskan kerjayanya meskipun berdepan dengan pergolakkan rumah tangga bersama suami yang juga aktor Farid Kamil.

Keadaan Diana

Menerusi podcast Kata Kita, hos bersama rancangan tersebut, Fiza Frizzy bertanya tentang keadaan Diana yang baru sahaja selesai menghadirkan diri ke mahkamah bagi prosiding perceraiannya.

Menurut Diana, dia berada di dalam keadaan yang baik kerana sudah bersedia dari segi mental.

Saya okay sahaja, sebab kita kenalah bersedia secara mental apabila kita nak buat sesuatu keputusan yang besar dan penting.

Ya, saya berasa sedikit kurang memahami tetapi dalam masa yang sama, saya perlu terima apa sahaja yang berlaku.

Bukan sekadar cinta

farid diana masih suami isteri

Dalam masa yang sama, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu berkata, rasa cinta semata-mata tidak mencukupi untuk sesebuah perkahwinan.

Apabila kita bercakap tentang rumah tangga, ia bukan sekadar cinta.

Kalau hanya mahu bercakap tentang cinta, jadi awak tidak begitu memahami apa itu perkahwinan.

Terdahulu, susulan gagal mendapat kata sepakat, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi pihak Diana dan Farid.

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Imbas kembali, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

Sumber: IG Kata Kita Podcast

Diana Danielle Kendali Podcast Sejurus Pulang Dari Mahkamah [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker