Bilik paling sunyi di dunia menyeramkan
WASHINGTON – Sebuah bilik di dalam makmal audio syarikat gergasi teknologi Microsoft, yang memegang rekod bilik paling sunyi di dunia, didakwa merupakan lokasi menakutkan kerana boleh menyebabkan individu berada di dalamnya berhalusinasi, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Ruang yang terletak di ibu pejabat Microsoft di Redmond, Washington itu diiktiraf oleh Guinness World Records pada 10 Jun 2015.
Dinilai pada bacaan bunyi -20.35 decibel A (dBA), bilik tersebut menghentikan semua bunyi dari luar, menyebabkan apa sahaja bunyi yang dihasilkan di bahagian dalam kedengaran menakutkan.
“Kebanyakan orang mendapati ketiadaan bunyi menyebabkan mereka berasa seperti pekak atau telinga mereka berdering.
“Apabila menoleh, anda boleh mendengar bunyi pergerakan itu. Anda juga boleh mendengar bunyi nafas sendiri dan ia kedengaran agak kuat,” kata pereka bentuk bilik itu yang dinamakan anechoic Microsoft, Hundraj Gopal.
Tambah Hundraj, masa paling lama seseorang pernah duduk di dalam ruang itu adalah kira-kira 55 minit.
“Saya sedar ada sebilangan individu boleh duduk di dalam bilik itu selama 30 minit atau lebih lama namun, ramai yang tidak tahan dan mahu keluar dalam masa beberapa saat sahaja,” ujarnya.
Ruang anechoic Microsoft terdiri daripada enam lapisan konkrit dan keluli serta terletak di atas pelbagai ‘spring’ peredam getaran.
Di bahagian dalam, gentian kaca menutupi dinding dan siling untuk memecahkan bunyi sebelum ia melantun semula. Lantai bilik itu terdiri daripada kabel yang digantung dan menyerap bunyi.
Keseluruhan ruang tersebut turut terpisah daripada bangunan lain dan dunia luar bagi mengurangkan potensi sebarang bunyi yang didengari di bahagian dalam.
Bilik itu bagaimanapun tidak dibuka kepada orang awam kerana ia digunakan oleh Microsoft untuk menguji pelbagai gajet audio seperti mikrofon, pembesar suara dan bunyi ‘klik’ beberapa peranti pengkomputeran lain. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zarina, Khazrul gaduh kerana pagar RM100,000
- Netflix turunkan harga langganan
- Tiga jawatan Naib Presiden UMNO masih kosong
- Adam Radlan didakwa minta, terima rasuah 3.5 hingga 7 peratus nilai projek
- Muhyiddin dakwa Zahid dalangi pendakwaan
- Wan Saiful minta dibicarakan dakwaan terima rasuah RM7 juta berkait Jana Wibawa
- Saya tak rujuk Zahid pun nak bertanding Ketua Wanita – Shahrizat
- Penghuni terkejut serpihan meteorit jatuh di balkoni rumah
- PAS Marang serah replika pedang, berkait perarakan HIMPIT kepada polis
- Beberapa SST Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik
- Rumah PM dimasuki ular tedung hitam
- Dahlia Rizal Dakwa Diusik Pihak Polis
- Tuan Ibrahim dakwa BN ‘tiada reda’ Allah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.