Namakan Ahmad Zahid Sebagai TPM Satu Keputusan Langkah Berani Anwar – Penganalisis Politik
Namakan Ahmad Zahid Sebagai TPM Satu Keputusan Langkah Berani Anwar – Penganalisis Politik
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri disifatkan sebagai satu langkah berani.
Penganalisis politik yang juga Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Profesor Tan Sri Nordin Kardi berkata Anwar mungkin mempunyai alasan tersendiri berhubung keputusan yang disifatkan sebagai pandangan yang melawan arus pandangan popular.
“Beliau (Anwar) berani dan mungkin ada alasan-alasan (tertentu berhubung pelantikan Ahmad Zahid, misalnya) untuk kepentingan negara dan sebagainya.
“Mungkin juga ia supaya dapat memperoleh sebuah kerajaan yang stabil dan tidak akan bertukar-tukar seperti mana yang berlaku pada penggal lepas.
“Jadi itu mungkin alasan yang ada pada beliau kerana dapat melakukan yang demikian. Oleh itu, pada saya ia adalah langkah yang berani, malah luar biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang ke-15 di Dewan Jubli Perak dekat sini, pada Sabtu.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan berangkat menyempurnakan istiadat konvokesyen berkenaan.
Nordin terdahulu diminta mengulas berkenaan pelantikan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Jumaat.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga turut memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam kerajaan perpaduan yang dipimpin Anwar.
Dalam pada itu, Nordin turut diminta mengulas sama ada pelantikan Ahmad Zahid dalam Kabinet di sebalik pelbagai pandangan umum berhubung perkara itu akan mengganggu perjalanan pentadbiran kerajaan atau sebaliknya.
Nordin berkata ia adalah cabaran besar buat perdana menteri dan ia harus dibuktikan menerusi gerak kerja beliau bersama jemaah menteri yang dilantik selepas ini.
“Golongan atau orang yang nak mengganggu-gugat (pentadbiran perdana menteri itu) sentiasa ada.
“Jadi sebab saya kata oleh kerana beliau sudah pada peringkat permulaan begitu berani, jadi beliau mesti menunjukkan keberanian dan kegagahan itu selepas ini.
“Tentu ada banyak lagi dan mungkin bahkan lebih besar cabarannya daripada ini (pandangan umum berkenaan pelantikan Ahmad Zahid). Akan tetapi saya yakin beliau ada keberanian,” katanya lagi.
Pengumuman Ahmad Zahid untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Anwar semalam menimbulkan pelbagai reaksi umum termasuk dalam kalangan warganet.
Ia dipercayai susulan bekas timbalan perdana menteri era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak itu sedang berdepan beberapa kes mahkamah. AA
Namakan Ahmad Zahid Sebagai TPM Satu Keputusan Langkah Berani Anwar – Penganalisis Politik
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET