Tok Pa, Ikmal bertanding guna simbol Pas
#PRU15
Tok Pa, Ikmal bertanding guna simbol Pas
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan dua calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggunakan simbol bulan atau logo Pas.
Menurutnya, kedua-dua calon iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz akan memakai bendera Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)
“Calon Bersatu kalau ada di Kelantan ini, Tok Pa (Mustapa) dan Ikmal masuk bertanding (PRU15) pakai bendera Pas. Jangan tak pangkah dia.
“Kami (PN) dalam mesyuarat baru-baru ini setuju Kelantan akan pakai simbol Pas. Okay, tak pa, jamin menang (di Kelantan),” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah, Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Dataran Warisan, Stadium Muhammad IV di sini hari ini.
Sebelum ini, Muhyiddin pada Julai lalu pernah mengumumkan Bersatu dan Pas bersepakat untuk menggunakan simbol PN pada PRU15.
Sewaktu membuat pengumuman itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memaklumkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah bersetuju dengan ketetapan tersebut.
Bagaimanapun, Abdul Hadi baru-baru ini memutuskan untuk menggunakan simbol rasmi parti itu iaitu bulan bagi tiga negeri diterajui mereka iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15.
Menurutnya, penggunaan simbol bulan itu kerana parti tersebut percaya mempunyai akat umbi yang kuat di tiga negeri berkenaan. K Online
Tok Pa, Ikmal bertanding guna simbol Pas
Baca Artikel Menarik:
- Potong gaji gimik politik Anwar
- Tommy serang Najib sejak 2012
- Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati
- Gusar kebangkitan BN, Mahathir jilat ludah kembali mahu berdamai dengan Anwar
- Laporan Zahid Hamidi undur diri adalah tidak benar
- Pengampunan DiRaja Anwar Dibuat Ketika Tiada Peguam Negara Dan Menteri Wilayah
- Saya Tetap Dengan Pendirian Tidak Bertanding Di PRU 15- Nazri
- Wanita berbogel dalam iklan trip memancing ditahan polis
- Kos bina tandas awam sekangkang kera RM8 juta
- Hantu pocong tumpang kenderaan polis kecoh di Rembau
- Amiruddin dulu ‘berjilat’ kini geli sebut nama Azmin Ali
- Pembunuhan Datin, suspek akhirnya didakwa
- Riwayat Politk Husam Musa bakal ditamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk