PRU15: Hasrat Kerjasama Mahathir-Anwar Hanya ‘Retorik’ – Wan Saiful

PRU15: Hasrat Kerjasama Mahathir-Anwar Hanya ‘Retorik’ – Wan Saiful

Hasrat kerjasama di antara Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai retorik perpaduan politik.

Menurut Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, kerjasama berkenaan bukanlah benar-benar ikhlas sebaliknya parti yang bersungguh-sungguh mahukan perpaduan ummah adalah Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Bersatu dan Pas.

Malah, Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah melakukan perjumpaan dengan beberapa pemimpin parti-parti politik lain mengajak kepada perpaduan.

“Saya rasa yang menunjukkan kesungguhan untuk mencapai perpaduan ummah adalah daripada kita yang berada dalam Perikatan Nasional (PN), baik Pas baik Bersatu.

“Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya dah secara berterusan sebelum ini berjumpa dengan presiden dan juga pemimpin daripada parti parti lain mengajak ke arah perpaduan.

“Tapi sebenarnya di sebelah parti lain ni, bagi saya, banyak retoriknya. Kesungguhan yang mungkin belum terbuktilah setakat ini.

“Jadi ini contoh terkini bagaimana ada retorik mengenai perpaduan dan akhirnya yang menolak perpaduan itu bukan kita,” kata Wan Saiful.

Wan Saiful mengulas kenyataan Dr Mahathir sebelum ini yang menilai kemungkinan kerjasama dengan PN yang dipimpin Muhyiddin bagi menghadapi PRU15.AA

PRU15: Hasrat Kerjasama Mahathir-Anwar Hanya ‘Retorik’ – Wan Saiful

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker