Hanya kerajaan stabil dapat pulih kesan dasar buruk Mahathir – pengurus dana

Hanya kerajaan stabil dapat pulih kesan dasar buruk Mahathir – pengurus dana

Kerajaan yang stabil dan dasar yang kukuh diperlukan untuk memulihkan kerosakan yang disebabkan oleh dasar ekonomi Dr Mahathir Mohamad, kata seorang pengurus dana global.

Tan Teng Boo, yang mengetuai kumpulan Capital Dynamics berkata, Malaysia masih menanggung akibat daripada dasar-dasar yang dimulakan beberapa dekad lalu.

Dalam wawancara bersama FMT Business, beliau berkata, dasar Mahathir pada 1980an dan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) 2018-2020 telah merosakkan negara.

Beliau memetik tumpuan Mahathir terhadap industri berat dan pembangunan industri kereta nasional sebagai contoh dasar tersebut.

“Mengapa kita, sebagai pasaran kecil pada masa itu, fikir kita perlu dasar kereta nasional sedangkan kita ada keutamaan lain?”

Beliau berkata Proton, produk program industri berat Mahathir, telah bertahun-tahun bergelut dan bahagian pasarannya merosot daripada lebih 70% pada 1993 kepada 12.5% pada 2016.

Masalahnya memuncak dengan penjualan 49.9% kepentingan dalam syarikat itu kepada pembuat kereta China Zhejiang Geely Holding Group pada 2017, selepas Mahathir berundur.

“Siapa yang membantah Geely masuk? Orang yang sama. Jika anda tidak benarkan rakan kongsi asing bekerja dengan Proton, apa masa depan Proton?”

Penjualan Proton menyelamatkan dasar perindustrian berat Mahathir, katanya.

“Terima kasih kepada Geely, dan CEO (Proton) yang cukup berkebolehan, mereka cuba mengejar (apa yang) ketinggalan”.

Langkah ke hadapan

Tan berkata, Malaysia memerlukan kerajaan yang cukup kukuh untuk menangani banyak masalah jangka panjang, yang tidak mungkin dicapai tanpa kestabilan politik dan kepimpinan yang bagus.

Beliau berkata, prestasi pasaran saham baru-baru ini dikaitkan dengan ketidaktentuan politik dan kurangnya keyakinan terhadap prospek jangka panjang Malaysia.

Bagaimanapun, pengeluaran dana asing daripada Bursa Malaysia kepada bawah paras 10% menjadi trend yang juga dilihat dalam pasaran pesat membangun yang lain, katanya.

Tan berkata, terdapat keperluan bagi kerajaan untuk mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti dan ini berakar umbi daripada kualiti pendidikan yang tinggi.

“Bukan sahaja di peringkat universiti, (tetapi) dari sekolah rendah. Bukan sahaja universiti (tetapi) juga institut vokasional dan institut pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional.

“Anda lihat Korea, Jerman, mereka bukan sahaja menekankan ijazah tetapi juga kemahiran teknikal. Mereka sangat dihormati dengan gaji dan prospek pekerjaan yang sangat bagus,” katanya.

Tan berkata, ahli politik perlu berfikir dan bertindak seperti negarawan kerana tadbir urus yang baik adalah penting untuk memupuk bakat berkualiti tinggi.

Wujud keperluan untuk mencapai keseimbangan antara dasar berasaskan kaum dengan dasar berasaskan prestasi, katanya.

“Salah satu ekstrem tidak sesuai untuk Malaysia,” katanya.

“Malaysia terlalu menjurus kepada (dasar) berasaskan kaum, jadi kita perlu beralih lebih kepada (dasar) berasaskan prestasi.” FMT

Hanya kerajaan stabil dapat pulih kesan dasar buruk Mahathir – pengurus dana


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker