Pegawai NATO diselar pakai stoking anti-Russia

WARSAW, POLAND – Pengarah Pusat Komunikasi Strategik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Riga, Janis Sarts, dikesan memakai sarung kaki anti-Russia ketika menghadiri persidangan di Poland pada Jumaat lalu.
Menurut laman berita RT, stoking tersebut bertulis ‘Топчу русню’ yang bermaksud ‘Saya memijak Rusnya’, satu terma berunsur penghinaan buat Russia.
Imej tersebut dimuat naik oleh Menteri Pertahanan Poland, Mariusz Blaszczak dalam akaun Twitter miliknya selepas merakam gambar itu pada sidang berkenaan.
Bagaimanapun, tidak dijelaskan sama ada beliau menyedari bahawa imej berkenaan ‘diganggu’ oleh gambar stoking yang dipakai Sarts.
“Isyarat tersebut menzahirkan kekuatan bagi perang maklumat dan propaganda yang kini berlaku antara Russia dan Barat.
“Jelas di sini bahawa batasan tingkah laku yang lebih terkawal perlu dilaksanakan kerana ia melibatkan seorang pegawai, dan bukannya wartawan atau penulis blog,” kata Ketua Pengarah Majlis Russia untuk Hal Ehwal Antabangsa, Andrey Kortunov.
Tambah Kortunov, beliau percaya tindakan seperti itu hanya akan membawa kepada penyesalan selain mengaku berasa terkejut sekiranya terdapat tindak balas serupa diambil oleh kepimpinan Russia.
“Bagi saya, ia bukan tahap ahli politik kami (Russia),” tegasnya.
Stoking yang mempunyai gambar peluru itu direka oleh personaliti televisyen dari Amerika Syarikat, Michael Schchur dengan kerjasama syarikat dari Ukraine, Dodo Socks.
Menurut laporan, 50 peratus daripada keuntungan bagi setiap pasang stoking yang terjual akan disalurkan kepada 112 Briged Askar Ukraine. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
- 15 tahun nikah tidak pernah ‘dijamah’ suami
- Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
- Serah dirilah, polis dah cari tu..
- Isteri cekup suami beromen dengan bekas kekasih dalam bilik tidur
- Ahli Parlimen Bukit Gantang perlu akur keputusan parti – Bersatu
- 6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa
- ‘Roslan Shah Patut Minta Maaf, Bukan Saya’ – Jamal Abdillah
- Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
- Ini rahsia bagaimana bilionair India jadi nombor 2 terkaya dunia
- Tuan Guru Haji Hadi, apa perlunya melabel orang tak beriman?
- Ketua Pemuda PN perli BN
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Bapa kepada Puteri Balqis disambung reman tiga hari lagi
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Tetak ibu sampai mati demi wang pusaka RM50,000
- Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?