Farhash sangkal dakwaan Rafizi, anggapnya fitnah jahat
Farhash sangkal dakwaan Rafizi, anggapnya fitnah jahat
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyangkal Rafizi Ramli yang mendakwa ada kumpulan dikatakan rapat dengan presiden Anwar Ibrahim cuba menuntut audit digital bagi memastikan dirinya tidak disahkan sebagai timbalan presiden.
Calon naib presiden PKR yang tewas itu berkata, Rafizi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seolah-olah beliau tidak tahu-menahu tentang kepincangan yang berlaku dalam proses pemilihan parti tempoh hari.
“Laporan dan aduan terhadap kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti telah dibuat oleh ratusan anggota dan calon-calon atas keputusan yang dilihat tidak munasabah. Usaha untuk menegakkan ketelusan dan keadilan ini bukanlah usaha saya seorang.
“Sejak dari awal telah wujud persoalan tentang keberadaan syarikat pengendali aplikasi mudah-alih Adil yang digunapakai untuk pengundian atas talian (PAT) dalam pemilihan parti kali ini, di mana individu-individu yang terlibat terkait rapat dengan dirinya dan gerakan Ayuh Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Farhash berkata, adalah jelas bahawa proses pemilihan dan pengiraan undi yang dilakukan secara rahsia terbuka kepada manipulasi dan penipuan akibat dari itu dan ia sepatutnya ditolak oleh parti dari awal lagi, namun dibiarkan.
Katanya, tuntutan pihaknya seperti juga apa yang parti telah perjuangkan dalam gerakan menuntut pilihan raya yang bersih, telus dan adil berjaya memastikan sekurang-kurangnya pengiraan undi dalam pilihan raya umum dan negeri dilakukan secara telus, di hadapan ramai saksi, supaya tidak berlaku manipulasi.
“Tetapi agak pelik apabila Rafizi kini mempersoalkan, malah mengkritik dengan melemparkan fitnah ke atas tuntutan kami untuk ketelusan dijamin dengan semua undi, termasuk undi atas talian dibuat pengiraan semula di hadapan saksi, bukan secara rahsia seperti yang telah dilakukan.
“Jika benar segala formula dan kaji selidik yang dilakukan Rafizi seperti dinyatakannya, dia sendiri harus berlaku telus dan memastikan bahawa dia dan pasukannya tidak menang dengan cara yang tidak betul,” katanya.
Beliau berkata, kenyataan Rafizi itu memberikan gambaran bahawa jika dibuka semua undi-undi atas talian itu, maka akan terbongkar bahawa kiraan undi telah dimanipulasi.
“Jika benarlah seluruh akar umbi telah memilihnya, maka kalau dikira secara telus, dia akan tetap menang,” katanya.
Untuk rekod, lebih dari 122,000 anggota parti dari 147,000 yang mendaftar untuk mengundi, telah memilih untuk mengundi di atas talian menggunakan aplikasi Adil.
“Tetapi majoriti undi itu pula tidak disentuh oleh audit forensik yang dikatakan telah selesai. Mengapa perlu sampai begitu takut untuk mengamalkan ketelusan dan bersikap adil kepada semua?, soal Farhash.
Farhash berkata, beliau sangat setuju dengan saranan Rafizi supaya pihak yang melakukan audit forensik itu turut disiasat, asalkan audit dibuat di hadapan calon atau wakil.
Katanya, sistem dan pihak yang terlibat dalam pengendalian aplikasi Adil juga harus disiasat dan laporan auditnya dibentangkan untuk tatapan semua anggota parti.
“Rafizi juga perlu berhenti memfitnah presiden parti Anwar Ibrahim seolah-olah membiarkan dirinya dikawal orang-orang lain sedangkan beliau sendiri turut cuba mempengaruhi presiden dengan berbagai cara.
“Nasihat saya kepada Saudara Rafizi adalah supaya beliau lebih ikhlas, jujur dan berhenti bersandiwara, sedangkan di sebaliknya beliau bermain politik kotor,” katanya.
Terdahulu, Rafizi menggesa ahli PKR tidak menghiraukan kekecohan cuba ditimbulkan kelompok kalah pada pemilihan parti yang cuba menggasak Anwar Ibrahim untuk menafikan kemenangannya sebagai timbalan presiden.
Beliau berkata, keputusan terkini pemilihan diumumkan oleh jawatankuasa pemilihan parti (JPP) semalam tidak banyak mengubah keputusan asal di peringkat pimpinan kanan termasuk dirinya yang menewaskan Saifuddin Nasution Ismail. FMT
Farhash sangkal dakwaan Rafizi, anggapnya fitnah jahat
Baca Artikel Menarik:
- Pemuda Umno sokong gesaan potong elaun menteri, duta khas
- Emma makin seksi, daring
- Farhash tempelak JPP PKR, tak yakin audit forensik
- Tok Mat jawab kritikan digelar gila oleh Karim Hamzah
- Peguam teliti video Syamsul dan Kazar di kedai emas
- Sepatutnya lantik 2 TPM dari PN
- Kes pecah amanah Syed Saddiq: Saksi dakwa terima wang RM250 ribu
- Pemandu Myvi berlagak samseng diburu polis
- Chef Wan disaman!
- Ketua wanita pusat PKR: Rodziah kini tewas kepada anak sahabat Anwar Ibrahim selepas audit dibuat
- Anggap Tajuddin sebagai Kuda Tua, Nur Jazlan kata sesuai dengan PAS
- Apa tujuaan ROS melambatkan permohonan tangguh pemilihan UMNO?
- Zarina Anjoulie kuruskan badan telan belon air kos mencecah RM18,000
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah