Hayat MN kini nyawa-nyawa ikan – Zahid
Hayat MN kini nyawa-nyawa ikan – Zahid
Presiden UMNO menyifatkan jangka hayat Muafakat Nasional (MN) baik di Selangor mahu pun peringkat pusat kini bagaikan ‘nyawa-nyawa ikan’.
Bagaimanapun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut masa depan kerjasama politik itu sambil menegaskan ia perlu dibawa berbincang antara UMNO dan Pas sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
“Saya fikir soal MN ini biar dibincangkan di peringkat jawatankuasa bersama dan hasil perbincangan itu mungkin dibawa ke kedua-dua parti untuk kita putuskan.
“Hubungan (UMNO dan Pas) nyawa-nyawa ikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Sungai Besar malam ini.
Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan, kejasama UMNO dan Pas dalam MN perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, ini kerana UMNO telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada Pas untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN namun tidak disepakati.
Himpunan Penyatuan Ummah Piagam MN yang dimeterai Umno dan Pas pada 14 September 2019 antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam serta Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara. MG
Hayat MN kini nyawa-nyawa ikan – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan