Zahid saman Mahathir
PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dia ada meminta bantuan untuk membebaskan dirinya daripada pendakwaan rasuah di mahkamah sebagaimana didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Ahmad Zahid berkata, dia akan memfailkan surat tuntutan supaya pemimpin veteran itu memohon maaf.
“Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengeluarkan ‘letter of demand’ (LOD) kepada Tun Mahathir untuk dia memohon maaf atas pembohongannya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.
Beliau menegaskan telah bertemu bekas Perdana Menteri itu kerana dijemput bersama-sama dengan presiden-presiden parti oleh Dr Mahathir untuk menyokongnya bagi membentuk kerajaan perpaduan.
“Mana mungkin saya minta digugurkan tuduhan di hadapan ramai,” ujarnya
Ahmad Zahid menjelaskan tidak pernah sekalipun dia meminta Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu untuk berbuat demikian.
“Mana mungkin saya melobi untuk digugurkan tuduhan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri ketujuh kerana ketika itu saya adalah Timbalan Perdana Menteri dan tiada sebarang siasatan rasuah, jauh sekali dikenakan pertuduhan,” jelasnya.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang medianya pada Rabu mengakui pernah didatangi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ingin meminta bantuan untuk membebaskan dirinya daripada pendakwaan rasuah di mahkamah.
Zahid saman Mahathir
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19