Polis Sahkan Cubaan Bunuh Diri Dari Insiden Ratu Cantik Maut Terjatuh Dari Kondominium

Polis Sahkan Cubaan Bunuh Diri Dari Insiden Ratu Cantik Maut Terjatuh Dari Kondominium

SEORANG ratu cantik maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium tujuh tingkat di Miami, kata pihak berkuasa.

Dalam satu kejadian tragis pada 10 Februari lalu, Zoe Sozo Bethel, 27, yang juga Ratu Cantik Alabama (Miss Alabama) dilaporkan cuba membunuh diri.

Dia mengalami kecederaan parah sehingga koma, sebelum meninggal dunia pada 18 Februari.

Ahli keluarga Zoe mengumumkan berita kematiannya di media sosial dalam hantaran yang penuh emosi dan menyifatkan mendiang terlibat dalam ‘kemalangan pada 10 Februari.’

“Pada waktu duka ini, hanya doa dipohon dan keluarga meminta agar privasi mereka dihormati.

“Ahli keluarga sangat menghargai semua kata-kata yang baik dan ucapan sayang untuk Zoe,” tulis keluarganya.

Mereka bagaimanapun tidak menyatakan ‘kemalangan’ yang menimpa Zoe dalam perkongsian berkenaan.

Jurucakap Jabatan Polis Miami mengesahkan kepada Mail Online bahawa kejadian itu dianggap sebagai cubaan membunuh diri.

Untuk rekod, Zoe dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Alabama 2021. – Dailystar

Polis Sahkan Cubaan Bunuh Diri Dari Insiden Ratu Cantik Maut Terjatuh Dari Kondominium

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker