Pembantu penguat kuasa direman SPRM kerana palsukan penyata bank untuk tender
Pembantu penguat kuasa direman SPRM kerana palsukan penyata bank untuk tender
Seorang bekas pembantu penguat kuasa sebuah agensi kerajaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes memalsukan butiran dalam penyata akaun bank syarikat sejak 2019.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), permohonan reman terhadap suspek lelaki berusia 35 tahun itu dibenarkan Majistret Mohamad Farid Lateef bermula hari ini sehingga 27 Jan depan.
“Suspek ditahan semalam pada 10.30 pagi di Pejabat SPRM Kuala Lumpur semasa hadir memberi keterangan siasatan ke atasnya dipercayai menerima rasuah kira-kira RM20,000 setiap bulan untuk tempoh 20 bulan sejak Julai 2019.
“Ia sebagai dorongan bagi meluluskan tender kontrak sebuah syarikat pembersihan di Kedah yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta,” menurut sumber itu.
SPRM kini sedang memperoleh penyata akaun bank terbabit, selain merakam pernyataan beberapa saksi dan tidak menolak kemungkinan tangkapan susulan akan dilakukan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah.
Pada 11 Jan lalu, SPRM telah menahan 21 individu manakala seorang lagi ditahan reman pada 16 Jan lalu bagi membantu siasatan kes sama. FMT
Pembantu penguat kuasa direman SPRM kerana palsukan penyata bank untuk tender
Baca Artikel Menarik :
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Pemilihan DAP, Anthony bakal ganti Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP
- Tuan Ibrahim bidas Mat Sabu minta bom pam air di Sungai Muda
- Dijel kerana cuba curi tumbuhan lebih setengah juta ringgit
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor?
- Bengang dikeluarkan, Ronaldo lempar jaket
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Sempat selfie semasa kereta karam dalam sungai
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda terkejut kena saman
Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan