Resepi asam pedas ikan kembung pekat
Resepi asam pedas ikan kembung pekat
Terasa nak makan lauk pauk yang Asam Pedas Ikan Kembung yang simple sahaja tetapi sedap untuk sajian makan tengahari ni? Menu perkongsian saudari Cik Puan Aini ni boleh dicuba. Memang mudah dan yang paling penting, sangat sedap!
Tunggu apa lagi jom kita cuba buat dengan resepi di bawah ini :
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
4-5 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
1 biji tomato
Cili kisar secukupnya – beli online disini
Air asam jawa / pes asam jawa – beli online disini
Garam secukupnya
Minyak masak
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar – beli online disini
1 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
Sedikit belacan (jika suka) – beli online disini
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 paket pes asam pedas (optional) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar secukupnya. Kacau hingga tumisan pecah minyak dan garing. Ia penting supaya cili masak dan tidak mentah.
3. Masukkan air asam jawa/ pes asam jawa ikut kepekatan yang disukai.
4. Bila kuah sudah mendidih, boleh masukkan ikan. Masak seketika.
5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan, bendi, tomato. Boleh juga masukkan apa sahaj sayur kegemaran.
6. Perasakan dengan garam secukupnya. Seimbangkan rasa ikut selera.
7. Bila semua sudah sempurna, padamkan api. Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ubah suai kepekatan ikut cita rasa.
8. Asam Pedas Ikan Kembung sedia untuk dinikmati.
Resepi oleh Cik Puan Aini
Resepi asam pedas ikan kembung pekat
Baca Artikel Menarik :
- Apabila hati penjawat awam sudah terhiris
- Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan
- Remaja terpelanting, maut dipanah petir
- Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib
- Ular sama tak akan patuk kali kedua, Zahid sindir Bersatu
- Tommy Thomas disaman Najib kali kedua
- Mahu Kembali Jadi Fatah, Lucinta Luna Mengaku Penat Jadi Perempuan,“Cukuplah..Saya Takut Dosa”[VIDEO]
- Bersatu hilang arah, keputusan UMNO pergi solo tepat
- Resepi ayam masak lapis memang best
- Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
- 9 daripada 10 tidak mahu UMNO bersama BERSATU
Layari Laman Facebook MYKMU