Bimbang benar rentas negeri, namun kerajaan siap sedia – Khairy
Bimbang benar rentas negeri, namun kerajaan siap sedia – Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui wujud kebimbangan selepas kerajaan memberikan pelbagai kelonggaran untuk rakyat termasuk membenarkan rentas negeri bermula esok.
Bagaimanapun KKM bersedia menangani sebarang keadaan, termasuk kemungkinan kes serius Covid-19 kembali melonjak, kata Khairy.
“Walaupun akhirnya banyak perkara sekarang ini terpulang kepada tingkah laku orang ramai, KKM memang kita tidak boleh cuci tangan, kita sentiasa sedia membantu, itu moto kita, walaupun apa terjadi, KKM sentiasa ada di sini.
“Memang kalau tanya saya sebagai Menteri Kesihatan risau atau tidak dengan kebebasan yang kita beri ini, sebagai manusia memang saya risau. Sebagai manusia juga saya dilatih bersedia dengan keadaan terburuk, tapi lebih baik saya bersedia dengan keadaan terburuk berbanding saya leka, kata boleh ‘enjoy’…sudah boleh rentas negeri tak ada masalah.
“Jadi saya dengan rakan-rakan Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha di KKM, kita bersiap sedia, kita harap tidak akan berlaku (peningkatan kes teruk) dan kita harap walaupun kes naik, tapi kes yang ringan sahaja, itu yang kita nak lihat, sebab bagi kita di KKM, garis merah yang tak boleh dipintas apabila sistem kesihatan awam kita lumpuh,” katanya dalam rancangan Agenda Awani malam ini.
Khairy juga berharap sistem kesihatan awam tidak lumpuh dan jika ia berlaku, pihaknya perlu mengambil langkah drastik.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak leka dengan kelonggaran diberikan dengan kekal mematuhi SOP ditetapkan.
“Sekarang ini, kerajaan telah buat segalanya, sistem kesihatan, merawat, membantu. Mungkin hari ini doktor di Malaysia berkorban di mana mereka berhempas pulas di ICU, PKRC, hospital, kalau kita nak hargai pengorbanan doktor kita, jururawat, petugas barisan hadapan yang telah membantu kita.
“Jadi bila dapat kebebasan ini, jangan pentingkan diri, janganlah curi-curi tak ada vaksin masuk kedai makan, jangan kita ambil tindakan tak payah buat saringan kendiri bila pergi melawat ibu bapa di kampung.
“Kalau kita pentingkan diri, sekiranya tak patuh SOP, kalau tak amalkan pendekatan nasihat kesihatan awam, maka hari ini yang menjadi sangat manis mungkin akan bertukar menjadi pengalaman ngeri, saya harap ia tak berlaku,” katanya.
Terdahulu Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negeri di seluruh negara dibuka serentak mulai esok, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa melepasi 90%. FMT
Bimbang benar rentas negeri, namun kerajaan siap sedia – Khairy
Baca Artikel Menarik :
- Anak menteri India ditahan langgar mati petani tunjuk perasaan [VIDEO]
- Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri?
- Isteri Shuk Sahar ‘mengadu’ di media sosial sudah penat pertahankan rumah tangga
- Disuntik dadah dan diperkosa
- Rakan baik di sekolah jadi ibu tiri
- Saya tak minta nyawa dengan DAP – Rauf
- Kenapa Tak Boleh Sidai Baju Basah Dalam Rumah Sebabnya..
- Cara cetak sijil vaksin di MySejahtera
- Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini
- Titik panas cetus Perang Dunia Ketiga
- Resepi Mee Kari Kerang Lazat Sungguh
Layari Laman Facebook MYKMU