DBKL roboh 46 struktur penjaja haram di PPR Seri Pantai

46 struktur penjaja haram di PPR Seri Pantai dirobohkan DBKL pada Rabu lalu. – Foto Facebook DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) robohkan 46 struktur penjaja haram di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai pada Rabu lalu.

DBKL dalam kenyataan berkata, usaha bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Air Selangor itu adalah satu usaha menyusun semula penjaja di ibu kota, khususnya di kawasan Perumahan Awam (PA) dan PPR.

“Notis pemakluman 14 hari dikeluarkan pada 16 Oktober kepada penjaja yang terbabit bagi membolehkan mereka membuat persiapan mengosongkan tapak serta peralatan mereka sebelum kerja perobohan dilaksanakan.

“Selain itu, DBKL juga sudah mengadakan sesi libat urus lebih awal bersama penjaja terbabit bermula April lalu. Berdasarkan sesi libat urus berkenaan, kesepakatan dicapai berkenaan penempatan semula serta pemindahan penjaja di beberapa lokasi baharu,” katanya.



Antara lokasi baru adalah di Medan Selera Tempat Letak Kereta PPR Seri Pantai, Bazaria Pantai, Medan Selera Seri Pantai dan unit kedai di kawasan perumahan.

DBKL akan terus komited untuk menyusun semula penjaja di Kuala Lumpur dengan mengenal pasti lokasi bersesuaian dengan konsep penjajaan yang teratur dan bersih.

“Ianya sejajar dengan matlamat ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu mewujudkan persekitaran serta peluang lebih baik buat penjaja di Kuala Lumpur,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi



Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis



Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker