Zidane tak kesal tanduk Materazz
Zidane tak kesal tanduk Materazz

Saint-Denis, Perancis: Jurulatih baharu Perancis, Zinedine Zidane, menegaskan dia tidak menyesali tindakan menanduk Marco Materazzi pada final Piala Dunia 2006 ketika bersiap menghadapi Itali sekali lagi dalam aksi pertama di laman sendiri sebagai jurulatih.
“Rakaman itu akan sentiasa mengingatkan saya mengenai apa yang berlaku pada 2006 kerana ia sentiasa ditayangkan,” kata Zidane sambil tersenyum ketika ditanya mengenai insiden yang menyaksikan dia dilayangkan kad merah pada masa tambahan dalam perlawanan terakhirnya sebagai pemain.
“Nasib baik itu bukan satu-satunya perkara yang saya lakukan dan ada perkara lain yang lebih baik, jadi saya cuba lebih banyak memikirkan perkara positif,” katanya pada sidang media di Stade de France, menjelang pertemuan Les Bleus dengan Itali dalam Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi esok.
“Saya tidak menyesal kerana ia sebahagian daripada perjalanan karier saya,” katanya sambil menambah dia tidak pernah bercakap dengan Materazzi sejak malam di Berlin itu, dalam perlawanan akhir yang dimenangi Itali menerusi penentuan penalti.
“Pada 2006, saya tidak tahu saya akan menjadi jurulatih. Saya fikir itu adalah penghujungnya, jadi ia sangat sukar bagi saya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jafry Ariffin Kenang Pengalaman Budaya Sabah Dipersembahkan Di China
- ‘Pilih Tren Elak Trafik, Sekali Tambang Naik’ – Suraya
- Sorok, Sembunyi Dan Nafikan… PKR Ulang Modus Operandi Lama?
“Saya tidak bangga dengan apa yang berlaku. Saya sudah mengatakannya berulang kali, tetapi ia sebahagian daripada karier saya – kita tidak boleh hanya melakukan perkara yang hebat.”
Zidane, 54, dilantik sebagai jurulatih Perancis pada penghujung Julai bagi menggantikan bekas rakan sepasukannya di peringkat antarabangsa, Didier Deschamps, yang berundur selepas 14 tahun mengendalikan pasukan itu susulan Piala Dunia di Amerika Utara.
Dua perlawanan pertama Zidane sebagai jurulatih berlangsung di laman lawan, dengan Les Bleus mencatat kemenangan 1-0 di Turkiye dan Belgium dalam saingan Liga Negara-Negara.
Perlawanan Jumaat ini di hadapan hampir 80,000 penonton yang memenuhi stadium nasional di utara Paris itu akan menjadi kepulangan Zidane ke laman sendiri sebagai jurulatih, selain mengembalikan sosok yang kekal sebagai ikon bola sepak Perancis.
“Ia pasti sangat menyentuh emosi,” kata Zidane yang kali terakhir beraksi di Stade de France sebagai pemain ketika menentang Mexico dalam perlawanan persahabatan pada 2006.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Polemik Datang Dan Pergi, Amanah Rakyat Tetap Diteruskan – Mohd Zaidy
- Semarak Agenda Malaysia Biru, UMNO Pendang Perkasa Gerak Kerja
- Kerajaan Johor Terus Perkukuh Ekosistem Pendidikan, Berdaya Saing
Perancis bagaimanapun kehilangan kapten Kylian Mbappe yang kembali ke kelabnya, Real Madrid, selepas mengalami kecederaan lutut ketika menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Turkiye minggu lalu.
Sementara itu, penyerang Perancis, Ousmane Dembele, menegaskan tiada ketegangan antara dirinya dengan Mbappe susulan komen kedua-dua pemain dalam media mengenai anugerah Ballon d’Or.
Dembele dari Paris Saint-Germain memenangi Ballon d’Or tahun lalu dan sekali lagi dicalonkan untuk anugerah itu tahun ini, manakala Mbappe antara calon utama untuk menggantikan rakan senegaranya itu.
Zidane tak kesal tanduk Materazz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Janji Politik PH Dipersoal, Anthony Loke Tak Jadi Letak Jawatan?
- Majlis Ulama UMNO Gesa Tindakan Tegas Terhadap Ajaran New Age Movement
- Belanjawan 2027: Empat Tuntutan Utama Rakyat Labuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha
You must be logged in to post a comment.