Penduduk Nusa Tenggara Timur alami hampir 1,000 gempa susulan

Penduduk Nusa Tenggara Timur alami hampir 1,000 gempa susulan
WANITA melihat bangunan runtuh di Borong, Manggarai Timur semalam selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 menggegarkan wilayah Tenggara Timur. – AFP

JAKARTA – Sebanyak 995 gempa susulan direkodkan di Nusa Tenggara Timur (NTT) selepas wilayah itu digegarkan gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 pada Sabtu lalu, lapor saluran berita CNN Indonesia.

Timbalan Bidang Pencegahan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) , Abdul Muhari berkata, data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menunjukkan jumlah itu direkodkan setakat pukul 3.00 petang (waktu tempatan) (WIB) semalam.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan yang direkodkan, cuma 46 gegaran benar-benar dirasai oleh penduduk tempatan, iaitu kurang 10 peratus.

“Apa perlu kita fahami bahawa gempa susulan ini diperlukan oleh struktur sesar gempa yang berlaku untuk kembali stabil.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sollehin Hulur Bantuan, Ringankan Beban Keluarga Mangsa Kebakaran

“Jadi, ini merupakan fenomena alam yang sememangnya perlu kita lalui dan kita berharap tenaga yang dilepaskan dapat segera merosot supaya gempa susulan tidak lagi signifikan serta tidak lagi dirasai oleh masyarakat,” katanya.

Setakat petang semalam, jumlah keseluruhan korban gempa bumi tersebut mencecah 53 orang. – AGENSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Istilah ‘Sakau’ Berbalik Kepada Diri Sendiri – Saiful Yazan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker