Kejohanan Dunia jadi kayu pengukur nasib pemain BAM

Kejohanan Dunia jadi kayu pengukur nasib pemain BAM
PEMAIN beregu badminton negara Soh Wooi Yik menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia. -FOTO Fathil Asri

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menaruh harapan tinggi kepada setiap pemain mempamerkan aksi terbaik dan semangat juang tinggi pada Kejohanan Badminton Dunia 2026 di New Delhi, India.

Ia kerana keputusan yang dicapai di kejohanan yang berlangsung dari 17 hingga 23 Ogos akan dinilai secara menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei berkata, pihaknya tidak akan mengambil tindakan terburu-buru terhadap pemain sekiranya gagal mencapai keputusan yang diharapkan.

Sebaliknya prestasi mereka perlu dinilai berdasarkan beberapa aspek termasuk cara mereka beraksi dan tahap kesungguhan di gelanggang.

Katanya, pemain sendiri perlu memahami tanggungjawab yang dipikul ketika mewakili negara di pentas tertinggi seperti Kejohanan Dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasar Sejahtera Rakyat Perak Bantu Ringankan Kos Sara Hidup


“Kita tidak akan terus membuang pemain. Kita akan melihat prestasi mereka, cara mereka bermain dan semangat juang yang ditunjukkan.

“Kalau kita hantar pemain, contohnya beregu campuran dan mereka bertemu pasangan nombor satu dunia, kemudian mereka berjuang habis-habisan sebelum tewas dalam tiga set, kita perlu terima keputusan itu.

“Tetapi kalau mereka kalah mudah dalam straight set tanpa menunjukkan tentangan, itu sesuatu yang perlu kita lihat dan kaji semula,” katanya.

Menurut bekas pemain nombor satu dunia itu, penilaian selepas kejohanan penting bagi mengenal pasti punca sebenar kegagalan seseorang pemain, termasuk aspek mental dan kecergasan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

80 Peratus RUU Akta MARA Baharu Perketat Tadbir Urus MARA

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker