Tang Jie-Clarissa buru kebangkitan
Tang Jie-Clarissa buru kebangkitan

Kuala Lumpur: Beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie-Clarissa Toh mengakui masih banyak aspek yang perlu dipertingkatkan untuk menjadi pasangan terbaik biarpun mempamerkan peningkatan prestasi sepanjang dua perlawanan yang diharungi bersama.
Jelas Tang Jie, mereka sudah memberikan aksi terbaik di gelanggang, namun keputusan tewas membuktikan gandingan itu masih belum berada pada tahap yang diharapkan.
Justeru, dia dan Clarissa akan terus berusaha memperbaiki kelemahan yang ada.
“Saya rasa dari segi persembahan kami sudah memberikan yang terbaik. Namun, keputusan akhirnya tetap kalah, jadi itu menunjukkan prestasi kami masih belum cukup baik dan kami perlu terus memperbaikinya.
“Seperti yang saya katakan, kami sudah memberikan yang terbaik, tetapi itu masih belum mencukupi kerana keputusan akhirnya tetap kalah. Jadi, kami hanya perlu kembali menjalani latihan dan terus meningkatkan prestasi. Tiada apa lagi yang mahu saya ulaskan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SWP Aktif Ziarah Kesihatan, Fokus Kesejahteraan Rakyat – Dr Masliha
- BN Amal Politik Kesederhanaan, Fokus Kestabilan Dan Perpaduan – Dr Zambry
Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim
Sementara itu, Clarissa menyifatkan gandingannya bersama Tang Jie berkembang dalam landasan positif hasil bimbingan yang diberikan pemain berpengalaman itu sepanjang berada di dalam gelanggang.
“Ya, saya rasa dia banyak membimbing saya di dalam gelanggang. Setiap kali saya hilang keyakinan atau berada dalam keadaan sukar, dia sentiasa membantu menaikkan semangat saya semula.
“Jadi, saya rasa gandingan ini berjalan dengan baik, tetapi masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Saya harap kami dapat menjadi pasangan yang lebih baik,” katanya.
Bermula Selasa ini, Tang Jie-Clarissa akan memulakan saingan di Terbuka Taiwan dan akan bertemu pasangan Indonesia, Renaldi Samosir-Masita Mahmudin di pusingan pertama.
Untuk rekod, Terbuka Taiwan nanti akan menjadi pertandingan ketiga mereka beraksi bersama dan masih mencari rentak terbaik untuk melangkah lebih jauh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Sokongan Rakyat Terus Mengukuh, Mohd Zaidy Yakin BN Raih Kepercayaan
- Hormati Pendirian Kami… BN Bertanding Atas Prinsip, Perjuangan Parti
Dua kejohanan sebelum ini pada Terbuka Jepun, mereka tewas di pusingan pertama dan Terbuka China (pusingan 16 terbaik).
Disebabkan mereka bukan gandingan yang berada di kelompok elit dunia, maka laluan di setiap kejohanan sudah pasti amat mencabar dan perlu berdepan lawan lebih kuat seawal pusingan pertama atau kedua.
Tang Jie-Clarissa buru kebangkitan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persefahaman BN-PN Bawa Mesej Kestabilan Demi Masa Depan Negeri Sembilan
- ‘Penyatuan Melayu Bukan Ancaman Kepada Kaum Lain’ – Dr Akmal
- Mesyuarat UMNO Kota Melaka Medan Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16
You must be logged in to post a comment.