3 lelaki ditahan miliki anak musang pandan tanpa lesen

3 lelaki ditahan miliki anak musang pandan tanpa lesen

3 lelaki ditahan miliki anak musang pandan tanpa lesen
Musang pandan. – Foto hiasan

KOTA BHARU: Tiga lelaki ditahan kerana dipercayai memiliki dua ekor anak musang pandan tanpa lesen sah dalam Op Taring Wawasan di sekatan jalan raya di Lalang Pepuyu, Tanah Merah, lewat malam tadi.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 26 tahun ditahan pada 11.15 malam selepas pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah Perodua Axia yang dinaiki mereka.

Beliau berkata pemeriksaan menemukan sebuah sangkar berisi dua ekor anak musang pandan di ruang kaki penumpang belakang kenderaan berkenaan.

“Pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen atau lesen sah untuk memiliki hidupan liar berkenaan sebelum ketiga-tiga suspek ditahan bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut dirampas sebuah Perodua Axia dan sangkar haiwan, dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk dua

ekor anak musang pandan itu dianggarkan RM26,700.

Ahmad Radzi berkata siasatan awal mendapati suspek utama mengaku membeli haiwan berkenaan di Kubang Kerian pada harga RM50 seekor daripada seorang individu yang dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Kenderaan digunakan pula didaftarkan atas nama kakak suspek utama dan dipercayai dipinjam dengan pengetahuan pemiliknya,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), manakala ketiga-tiga suspek serta barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk tindakan lanjut.

3 lelaki ditahan miliki anak musang pandan tanpa lesen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Onn Hafiz Percaya Gelombang Biru Dari Johor Akan Tiba Di Negeri Sembilan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker