Pearly-Thinaah kalah mengejut di Terbuka Jepun

Pearly-Thinaah kalah mengejut di Terbuka Jepun

Pearly-Thinaah kalah mengejut di Terbuka Jepun
PEARLY (kanan) dan Thinaah tewas di pusingan pertama Terbuka Jepun, hari ini, sekali gus gagal ke final seperti tahun lalu. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Impian beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk mengulangi pencapaian edisi lalu tidak kesampaian apabila tewas mengejut kepada pasangan Taiwan, Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun pada pusingan pertama Terbuka Jepun, sebentar tadi.

Meskipun bermula cukup baik di set pertama apabila menang mudah, momentum itu gagal diteruskan di set kedua dan mereka terpaksa akur tewas dalam pertarungan tiga set kepada Yin Hui-Jhih Yun 21-9, 17-21, 17-21 dalam masa 50 minit.

Lawan yang berada di ranking ke-12 dunia berjaya mengubah keadaan dengan permainan lebih kemas serta kawalan gelanggang yang cukup baik di set kedua dan ketiga, sekali gus menyukarkan Pearly-Thinaah untuk memperoleh mata penting.

Kekalahan itu menyaksikan rekod bersih dalam tiga pertemuan sebelum ini terhenti dan ia pasti memberi tonik buat pasangan dari Taiwan itu untuk bertemu pasangan Hong Kong, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan pada pusingan 16 terbaik, Khamis ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN

Pearly menyatakan mereka gagal mengawal keadaan ketika mata penting dan itu membuatkan lawan mengambil kesempatan untuk memenangi perlawanan itu.

“Ketika mata penting, kami terlalu ghairah untuk mematikan bola dan itu adalah kesilapan kami sendiri. Itu menjadi asbab kami kalah dalam perlawanan ini,” katanya kepada BWF selepas tamat perlawanan.

Selain itu, Pearly bersyukur kerana dapat menamatkan perlawanan tanpa sebarang kecederaan memandangkan kesihatannya lebih penting.

Kekalahan di pusingan awal itu membuatkan dia dan Thinaah akan berbincang untuk mengenal pasti kelemahan serta kembali ke prestasi terbaik.

Untuk makluman, Pearly-Thinaah mara ke final pada edisi lalu sebelum tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.


Pearly-Thinaah kalah mengejut di Terbuka Jepun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker