Khai Xing-Aaron kejutkan gandingan China
Khai Xing-Aaron kejutkan gandingan China

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai mempamerkan permainan yang cukup cemerlang apabila mengejutkan pilihan ketujuh dari China, Chen Bo Yang-Liu Yi dalam pertarungan tiga set pada pusingan pertama Terbuka Jepun, hari ini.
Namun, ia bukan tugas yang mudah apabila Khai Xing-Aaron tewas di set pertama 11-21 sebelum mempamerkan kebangkitan yang cukup meyakinkan dalam dua set seterusnya untuk menang 26-24, 21-15 dalam tempoh 60 minit.
Kemenangan itu membolehkan beregu ranking ke-22 dunia itu membalas dendam atas kekalahan mereka kepada pasangan berkenaan di Seluruh England pada Mac lalu.
Pada pusingan 16 terbaik Khamis ini, Khai Xing-Aaron akan bertemu wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan bagi memburu tiket ke suku akhir.
Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut meneruskan perjuangan ke pusingan seterusnya namun mereka dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemenangan straight set 22-20, 21-18 dalam masa 37 minit.
Sze Fei-Izzuddin akan membuat perhitungan dengan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen bagi merebut tempat ke peringkat lapan terbaik.
Khai Xing-Aaron kejutkan gandingan China
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Terus Santuni Mualaf, Masyarakat Orang Asli Menerusi Inisiatif Makmur Pahang
- Dap Keluar Kerajaan Tidak Jejas Pentadbiran Melaka – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat
You must be logged in to post a comment.