Tang Jie-Clarissa kandas awal
Tang Jie-Clarissa kandas awal

Kuala Lumpur: Debut gandingan baharu beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Clarissa San pada Terbuka Jepun belum membuahkan hasil apabila langkah mereka terhenti seawal pusingan pertama selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang, hari ini.
Beraksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Tang Jie-Clarissa yang kali pertama digandingkan dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF terpaksa mengakui kelebihan pasangan ranking ke-20 dunia itu selepas tewas 15-21, 19-21 dalam tempoh 36 minit.
Walaupun kecundang dalam straight set, pasangan negara sempat memberikan tentangan lebih sengit pada set kedua apabila bangkit merapatkan jurang mata sebelum pengalaman lawan menjadi pemisah untuk mengesahkan kemenangan.
Bagi Clarissa, gandingan mereka masih berada dalam fasa membina keserasian dan memerlukan sedikit masa sebelum mampu mempamerkan prestasi terbaik.
“Perasaannya agak berbeza berbanding beberapa kejohanan sebelum ini, tetapi saya rasa kami masih perlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saraani Harap Mesyuarat SPA 2026 Terus Bawa Manfaat Masa Depan Perkhidmatan Awam
- Ekonomi Rakyat Terus Diperkasa, UMNO Pasir Salak Santuni Masyarakat Setempat
Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN
“Saya tidak fikir terlalu banyak ketika di gelanggang. Tang Jie banyak membimbing saya sepanjang setiap mata dan saya rasa ia berfungsi dengan baik pada penghujung set kedua, tetapi kami masih mempunyai sedikit kekurangan,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan.
Pemain muda itu bagaimanapun enggan terlalu memikirkan kekalahan tersebut kerana percaya masih banyak perkara positif yang boleh dijadikan bekalan untuk memperkukuhkan gandingan mereka.
“Saya rasa masih ada beberapa perkara positif yang boleh kami bawa pulang daripada perlawanan ini dan kami akan terus memperbaikinya selepas ini,” katanya.
Turut menerima nasib sama ialah pasangan negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien yang gagal melepasi pusingan pertama selepas tunduk 13-21, 18-21 kepada pilihan kelima dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui dalam tempoh 34 minit.
Dengan penyingkiran dua wakil itu, harapan Malaysia dalam acara beregu campuran di Terbuka Jepun kini hanya disandarkan kepada Jimmy Wong-Cheng Su Yin serta pasangan profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.
Tang Jie-Clarissa kandas awal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Terus Santuni Mualaf, Masyarakat Orang Asli Menerusi Inisiatif Makmur Pahang
- Dap Keluar Kerajaan Tidak Jejas Pentadbiran Melaka – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat
You must be logged in to post a comment.