Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal [VIDEO]

Netizen Sebak!

Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal [VIDEO]

Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal [VIDEO]

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir mencetuskan rasa sebak netizen selepas melawat sebuah keluarga yang pernah tular kerana menukar lampin bayi di atas motorsikal.

Kongsi Anzalna menerusi video yang dimuatnaik di Instagram menceritakan bahawa mereka hanya mahukan lampin dan susu bayi untuk anak-anak mereka ketika ditanyakan apakah barangan keperluan yang diperlukan buat masa sekarang.

“Minggu lepas Anzalna sempat melawat abang Grab yang viral sebab tukar lampin baby atas motor. Bila tanya apa keperluan mereka buat masa sekarang, abang tu cuma minta lampin dan susu untuk anak-anak.

Dia dan isteri sangat peramah. Mereka malu nak ajak Anzalna masuk rumah sebab rumah tak berapa terurus, tapi sejujurnya Anzalna langsung tak kisah. Bila tengok keadaan mereka, siapa kita nak menilai, kan?.”-kongsi Anzalna di Instagram

Harap Ramai Pihak Hulur Bantuan

Tambah Anzalna, dia menitipkan harapan agar perkongsiannya itu akan dapat menarik lebih ramai pihak untuk hadir menghulurkan bantuan buat keluarga yang benar-benar memerlukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Isteri abang tu seorang OKU. Anak semua masih kecil. Paling kecil berusia 2 bulan. Sejak kisah mereka tular, tak banyak pun bantuan yang mereka terima.

Anzalna harap lepas perkongsian ini, akan ada lebih ramai yang sudi hulur bantuan. Mereka benar-benar perlukan sokongan kita.”-titip Anzalna lagi

Netizen Sebak!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat abang rider tersebut yang lebih mengutamakan anak-anaknya kerana hanya meminta lampin dan susu bayi, malah ramai yang memuji usaha murni pelakon ini dalam membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

“Bila tengok orang susah macam ni, rasa berdosa beli handbag, gincu mahal-mahal. Sedangkan ada orang yang nak beli pampers anak pun kena catu duit 😢.”

“Dia tak minta lebih. Susu dan lampin anak je. Nampak dia lebih dahulukan anak-anak dia. Hebat perjuangan kau bang. Sebagai seorang bapa juga, saya tabik tuan. Moga masing-masing dilimpahkan rezekinya dan diberikan kesihatan yang baik.”

“Mulianya hati Anzalna cantik rupa paras, hati serta akhlaknya, Subhanallah.”

“Saya faham bang kenapa abang minta pampers dan susu je. Saya anak sorang pun kadang ada masa kira tabung duit syiling gak untuk beli. Yang lain tak penting, yang penting susu dan pampers anak je. Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan.”

Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker