Angel Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Nadhir Nasar [VIDEO]

‘Saya Tak Sangka Dia Akan Post Gambar Itu’ –

Angel Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Nadhir Nasar [VIDEO]

Angel Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Nadhir Nasar [VIDEO]

Anggota kumpulan Dolla, Angel menafikan dakwaan mengatakan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Nadhir Nasar selepas pelakon itu memuat naik gambarnya menerusi Instagram (IG).

Terkejut ada dalam posting Nadhir

View this post on Instagram

A post shared by 👽 (@nadhirnasar_)

Ketika ditemui OhBulan!, Angel atau nama lengkapnya Angelina Chai Ka Ying berkata, hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan selebriti.

Tambahnya, dia juga tidak menyangka Nadhir akan memuat naik gambar tersebut memandangkan jurugambar peribadi pelakon itu mengambil foto setiap tetamu yang hadir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP


Saya tak ada (hubungan istimewa dengan Nadhir).

Saya baru nampak gambar itu hari ini, ia diambil dalam satu acara majalah hiburan.

Hanya saya sahaja wanita untuk majalah ketika itu.

Saya tidak jangka dia akan ‘post’ gambar saya sebab jurugambar ketika itu memang ambil gambar semua orang.

Angel berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharu Dolla yang berjudul ‘MWA!’

Tak pernah ‘date’ dengan Nadhir

Dalam pada itu, Angel memaklumkan dia dan Nadhir tidak pernah keluar bersama sebaliknya hanya berjumpa di majlis-majlis.

Kami hanya jumpa di acara sahaja, berjumpa kami tak pernah.

Saya fikir tidak begitu rapat dengan dia, kami hanya kenalan ‘hi, bye’ sahaja.

Saya juga terkejut bila dia ‘post’ dan memang tak jangka.

Bercerita lanjut, penyanyi berusia 25 tahun itu terbuka untuk bekerjasama dengan Nadhir dalam mana-mana projek di masa akan datang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy


Mungkin kalau ada projek dan peluang untuk kerjasama saya tiada masalah.

Pada Jumaat, Nadhir mencuri perhatian apabila memuat naik gambar Angel ke sebuah acara majalah hiburan.

Angel Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Nadhir Nasar [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker