Wanita Dicampak Dari Van Di Lebuhraya Kesas, Minta CPR Sebelum Meninggal Dunia
Saksi nampak wanita tergolek di jalan raya
Satu insiden mengejutkan berlaku di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar apabila seorang wanita dicampak keluar dari sebuah van.
Lapor Kosmo!, saksi kejadian menyatakan wanita tersebut sempat meminta bantuan pernafasan (CPR) sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Saksi nampak wanita tergolek di jalan raya
Faizan Ahmad berkata, ketika kejadian dia sedang memandu ke pejabat apabila kereta di hadapannya membrek secara mengejut.
Kemudian saya nampak wanita itu telah bergolek di atas jalan raya. Kemudian saya dan orang ramai lain turun untuk lihat.
Ketika itu wanita berkenaan masih hidup dan dia meminta kami di lokasi untuk memberikan bantuan pernafasan (CPR). Saya terus buat panggilan kecemasan.
Saya tidak berani sebab terlampau banyak darah, tetapi ada individu lain yang berikan bantuan pernafasan. Sehinggalah ambulans sampai, wanita itu sudah meninggal dunia.
Faizan turut berkongsi keadaan fizikal wanita itu sangat teruk dengan beberapa kesan lebam jelas kelihatan pada badannya.
Van melarikan diri
Dia juga memaklumkan tidak dapat melihat dengan jelas van yang mencampak mangsa kerana terhalang oleh kenderaan lain, namun van tersebut dilihat memecut laju meninggalkan lokasi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.58 petang.
You must be logged in to post a comment.