Suami isteri disyaki dera anak kandung berusia dua bulan ditahan polis
Suami isteri disyaki dera anak kandung berusia dua bulan ditahan polis

MELAKA: Polis menahan pasangan suami isteri disyaki mendera anak kandung mereka berusia dua bulan yang kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Melaka di sini, akibat pendarahan dalam kepala, luka dan lebam pada tubuh.
Sumber berkata, kejadian disyaki berlaku di rumah pasangan itu di Taman Seri Pelangi, Alor Gajah semalam dan terbongkar apabila ibu mangsa yang masih berpantang menghantar bayinya yang didakwa mengalami sawan ke Hospital Alor Gajah.
Katanya, pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat pendarahan di dalam kepala bayi malang itu sebelum mangsa dibawa dengan ambulans ke Hospital Melaka.
“Sejurus tiba di hospital, difahamkan bayi itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum wanita terbabit menghilangkan diri.
“Hasil pemeriksaan dan rawatan imbasan CT oleh doktor pakar perubatan kanak-kanak mendapati terdapat pendarahan baharu dan lama di bahagian kiri kepala mangsa selain kesan lebam dan luka pada badan dan leher.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
“Doktor itu kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki mangsa didera dan bayi berkenaan kini dirawat di PICU hospital sama,” katanya.
Menurutnya, bertindak atas maklumat sepasukan anggota dari Cawangan D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka menahan pasangan suami isteri itu di hadapan Wad PICU Hospital Melaka, kira-kira jam 6.30 petang tadi.
“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek yang juga penganggur berusia 22 tahun itu didapati negatif dadah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan kes itu dan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Suami isteri disyaki dera anak kandung berusia dua bulan ditahan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.