Inzaghi digantung satu perlawanan, Inter didenda RM342,000

Inzaghi digantung satu perlawanan, Inter didenda RM342,000

Inzaghi digantung satu perlawanan, Inter didenda RM342,000
SIMONE Inzaghi. FOTO REUTERS

Rom: Jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi dan pemain tengah, Hakan Calhanoglu masing-masing dikenakan penggantungan satu perlawanan, manakala Inter dan seteru setempat, AC Milan turut didenda kerana hubungan mereka dengan kumpulan penyokong tegar ‘ultras’, menurut kenyataan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), hari ini.

Tindakan disiplin itu dikenakan selepas penahanan 19 individu berprofil tinggi daripada kalangan “ultras” kedua-dua kelab itu pada September lalu, yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia ‘Ndrangheta.

Akibat penggantungan itu, Inzaghi tidak akan berada di bangku simpanan dan Calhanoglu tidak dapat beraksi apabila Inter menentang Verona pada Ahad ini.

Inter kini di tangga kedua Serie A, tiga mata di belakang pendahulu, Napoli.

Inter dikenakan denda sebanyak €70,000 (RM342,000), manakala AC Milan pula didenda €30,000 (RM146,000).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


FIGC menjelaskan hukuman itu berkaitan dengan hubungan kelab dengan kumpulan penyokong yang tidak dibenarkan seperti “Curva Nord” (Inter) dan “Curva Sud” (Milan).

Akhbar Gazzetta dello Sport melaporkan hukuman itu adalah hasil rundingan penyelesaian antara pihak terlibat dan badan sukan.

Selain penggantungan, Calhanoglu turut dikenakan denda €30,000 (RM146,000), manakala Inzaghi didenda €15,000 (RM73,000).

Bekas pemain dan kini naib presiden Inter, Javier Zanetti, turut dikenakan denda sebanyak €14,500 (RM70,000).

 

Inzaghi digantung satu perlawanan, Inter didenda RM342,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker