3 individu termasuk Datuk Seri ditahan, didakwa kemuka tuntutan palsu RM360 juta
3 individu termasuk Datuk Seri ditahan, didakwa kemuka tuntutan palsu RM360 juta

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu, termasuk seorang bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM360 juta.
Sumber berkata, semua suspek terdiri tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 50 hingga 70-an itu ditahan antara jam 4 hingga 6 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini.
“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai mengemukakan tuntutan palsu sekitar tahun 2016 hingga 2017.
“Tuntutan membabitkan dana sukuk untuk sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM1.30 bilion,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk permohonan reman.
3 individu termasuk Datuk Seri ditahan, didakwa kemuka tuntutan palsu RM360 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.