TNB lunas dendam juarai MIHL

TNB lunas dendam juarai MIHL

TNB lunas dendam juarai MIHL
PEMAIN TNB meraikan kemenangan bersama rakan pasukan pada perlawanan akhir Liga Hoki Dalam Dewan 2025 di Dewan Seri Putera hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencipta kebangkitan dramatik apabila bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk menewaskan juara bertahan, Maybank 2-1 menerusi penentuan penalti shoot-out sekali gus merangkul kejuaraan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL) 2025.

Aksi penuh debaran di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini hari ini menyaksikan TNB mempamer semangat juang luar biasa apabila berjaya mengheret perlawanan ke penentuan penalti selepas terikat 3-3 dalam masa sebenar.

Muhammad Nursyahmi Zulkifli muncul wira TNB apabila menyempurnakan pukulan terakhir penalti shoot-out untuk mengesahkan kemenangan penuh bermakna buat pasukannya.

Maybank terlebih dahulu menguasai perlawanan dengan tiga jaringan menerusi pukulan sudut penalti Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin (minit ke-7), gol padang Shahmie Irfan Suhaimi (14′) dan satu lagi pukulan sudut penalti oleh Muhamad Izham Azhar (17′).

Namun, TNB tidak berputus asa dan melancarkan serangan balas pada babak kedua.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy


Usaha itu membuahkan hasil apabila Muhamad Aminudin Mohd Zain merapatkan jurang menerusi jaringan padang minit ke-22, sebelum Nursyahmi menyumbat gol kedua TNB empat minit kemudian.

Detik dramatik hadir tiga minit sebelum tamat permainan apabila Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman menyamakan kedudukan, sekali gus memaksa penentuan penalti shoot-out.

Sementara itu, ketua jurulatih TNB Mohd Madzli Ikmar menyifatkan ketenangan diperagakan anak-anak buahnya merupakan kunci utama kejayaan mereka sekali gus dapat membalas dendam kekalahan ke atas Maybank, 1-4, pada final edisi lalu.

“Selepas ketinggalan saya ingatkan para pemain sentiasa tenang, apa sahaja yang berlaku just main and segala perancangan kita memang menjadi.

“Sebelum ini kita sentiasa tewas dengan Maybank namun hari ini pemain buktikan mereka mampu berikan keputusan yang diharapkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Dalam pada itu, pasukan PDRM Blue Warriors merangkul kejuaraan sulung mereka bagi MIHL Wanita dengan kejayaan membenam BNHC KL, 5-2.

TNB lunas dendam juarai MIHL

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker