Polis kesan 2 lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi terbabit kemalangan

Polis kesan 2 lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi terbabit kemalangan

Polis kesan 2 lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi terbabit kemalangan

Bentong: Polis sedang mengesan dua penunggang motosikal berkuasa tinggi yang terbabit kemalangan di Kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini, seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya terkesan rakaman video berdurasi satu minit 20 saat yang menunjukkan kemalangan membabitkan tiga motosikal di kawasan berkenaan.

“Siasatan mendapati dalam kemalangan berlaku pada 9.45 pagi tadi (Ahad), penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum tergelincir dan terbabas ke kiri jalan.

“Seorang penunggang terbabit kemalangan itu berjaya dikesan polis dan mengalami kecederaan di kaki kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

Katanya, dua lagi penunggang belum dapat dihubungi dan pihaknya meminta mereka tampil memberi kerjasama.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Polis kesan 2 lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi terbabit kemalangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker