Liverpool juara EPL
Liverpool juara EPL

Liverpool: Liverpool bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membelasah Tottenham Hotspur 5-1 dan mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi tadi.
Memerlukan hanya satu mata untuk menyamai rekod 20 kejuaraan Liga Inggeris dengan empat perlawanan berbaki, Liverpool dikejutkan dengan jaringan Dominic Solanke pada minit ke-12.
Bagaimanapun Liverpool hanya memerlukan empat minit untuk menyamakan kedudukan menerusi Luis Diaz, sebelum Alexis Mac Allister dan Cody Gakpo meletakkan tuan rumah 3-1 di depan menjelang rehat.
Babak kedua dikuasai sepenuhnya skuad kendalian Arne Slot dengan Mohamed Salah menamatkan kemarau jaringan enam perlawanan untuk gol keempat Liverpool pada minit ke-63 dan jaringan ke-28 dirinya musim ini.
PemaLiverpool juara EPLin Tottenham, Destiny Udogie tertampan bola ke gawang sendiri untuk melengkapkan kemenangan Liverpool dan kekalahan ke-19 pasukannya dalam aksi liga musim ini.
Liverpool juara EPL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.