Hobi simpan koleksi senjata api bawa padah, warga emas ditahan

Hobi simpan koleksi senjata api bawa padah, warga emas ditahan

Hobi simpan koleksi senjata api bawa padah, warga emas ditahan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan (dua dari kiri) menunjukkan rampasan beberapa senjata api serta peluru pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. – Foto FAIZ ANUAR

SHAH ALAM: ‘Hobi’ seorang warga emas memiliki dan menyimpan koleksi pelbagai senjata selama kira-kira 20 tahun membawa padah apabila dia ditahan polis di kawasan Antara Gapi, Serendah dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek lelaki tempatan berusia 69 tahun yang sudah berkahwin dan tidak bekerja ditahan kira-kira jam 5 petang.

“Dalam serbuan itu polis menjumpai dan merampas sepucuk pistol jenis revolver; selaras senapang jenis CAL 22/5.5M; sepucuk pistol jenis CZ75, dan empat Airsoft.

“Selain itu, kotak plastik hitam mengandungi taser gun dan dua bateri selain lebih 100 butir peluru, kelongsong dan magazine peluru.

“Polis turut merampas satu silinder gas, sarung senapang jenis kulit, sebuah beg serta sarung pistol jenis kulit,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


Hussein berkata, suspek yang juga seorang pesara swasta dalam bidang profesional itu mengakui semua senjata yang disimpan itu koleksi peribadi.

“Siasatan mendapati, senjata yang diperoleh suspek dibeli dan juga pemberian dari rakannya,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menyita dua kenderaan milik suspek yang mana satu daripadanya menggunakan jata kerabat negeri Perak.

“Siasatan lanjut dan semakan dengan pejabat Bahagian Istiadat dan urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) mendapati tiada sebarang rekod penerima darjah kebesaran, pingat, gelaran atau anugerah daripada institusi Diraja di Malaysia ke atas suspek.

“Polis merampas sebuah BMW 7351 warna hitam dan Mitsubishi Triton warna hitam milik suspek,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


Katanya, setakat ini polis sudah merakam lima keterangan saksi awam dan akan memanggil beberapa saksi lagi untuk membantu siasatan.

“Suspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963 (Penggunaan Tidak Wajar) Pindaan 2016,” katanya.

Hobi simpan koleksi senjata api bawa padah, warga emas ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker