Slot dan tak boleh sabar dengan Nunez

Slot dan tak boleh sabar dengan Nunez

Slot dan tak boleh sabar dengan Nunez

London: Darwin Nunez dilaporkan semakin tersisih daripada kesebelasan utama Liverpool dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Penyerang berusia 25 tahun itu hanya diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam lapan daripada 30 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan hanya lima kali memulakan perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Pengurus Liverpool, Arne Slot, sebelum ini secara terbuka mengkritik etika kerja Nunez, khususnya pada awal tahun ini.

Pada Februari lalu, Slot berkata: “Saya cuba berlembut dengan berkata bahawa anda boleh terlepas peluang. Saya tidak hanya bersikap keras dengannya. Tetapi untuk kali kedua berturut-turut saya tidak berpuas hati dengan usaha kerjanya, menentang Wolves dan Villa.

“Saya tidak boleh terima jika seseorang pemain tidak memberikan segalanya. Itu jelas. Saya boleh terima sekali, tetapi dua kali sudah terlalu banyak. Sebab itu saya tegur dia.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri


Sejak kenyataan itu, Nunez hanya memulakan satu perlawanan EPL, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa dia mungkin akan meninggalkan Anfield pada jendela perpindahan musim panas ini.

Namun begitu, laporan dari media menyatakan mungkin terdapat sebab lain di sebalik kurangnya minit permainan buat penyerang Uruguay itu.

Sejak menyertai Liverpool dari Benfica dalam perpindahan bernilai £85 juta (RM499.33 juta) hampir tiga tahun lalu, Nunez hanya memulakan 49 perlawanan gabungan EPL dan UCL, angka yang mencerminkan perjalanan yang masih belum menepati jangkaan ramai.

Slot dan tak boleh sabar dengan Nunez


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker