‘Aksi bertemu Villa ibarat final’ – Guardiola
‘Aksi bertemu Villa ibarat final’ – Guardiola

Manchester: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyeru penyokong kelab itu supaya menganggap aksi menentang Aston Villa di Stadium Etihad, awal pagi Rabu ini sebagai aksi final dalam misi menempah slot ke Liga Juara-Juara musim depan.
City kini menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris dengan 58 mata selepas 33 perlawanan – satu mata di hadapan Villa yang berada di tangga ketujuh.
Lima pasukan teratas akan layak ke saingan utama Eropah itu musim hadapan.
“Ia adalah perlawanan akhir dan kami perlukan penyokong kami. Saya yakin mereka pun mahu melihat City beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan,” kata Guardiola pada sidang media.
“Harap mereka beri sokongan dari minit pertama. Jangan tunggu. Kadang-kadang kami lambat panas, kadang-kadang persembahan tak menjadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
“Tapi sekarang ini, kami betul-betul perlukan mereka, kami sangat perlukan mereka untuk bersorak, beri semangat dan bisingkan stadium. Ini ibarat final buat kami.”
Guardiola turut memberi amaran bahawa Aston Villa bukan lawan mudah, apatah lagi pasukan itu menewaskan City 2-1 dalam pertemuan terakhir pada Disember lalu.
Malah, dia mengagumi prestasi kelab dari Midlands itu yang hampir menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) dalam suku akhir Liga Juara-Juara baru-baru ini.
‘Aksi bertemu Villa ibarat final’ – Guardiola
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
You must be logged in to post a comment.